Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan

Ahad, 4 Januari 2015

Ahad, 4 Januari 2015

Misi Kemanusiaan part 3

Sepanjang hari menyusuri laluan ke Temerloh untuk melihat kesan2 banjir tempohari sambil membawa sedikit bantuan berupa makanan dan kain tudung untuk diagihkan secara rambang.



Banyak pokok yang sudahpun layu akibat ditenggelami air.

Keadaan di Jeti Kuala Tembeling


Kesan banjir 

Dewan orangramai  sudahpun roboh & menjadi sejarah.

Disini saya telah bersembang dengan seorang mangsa banjir di mana rumahnya dan jiran tetangga hanyut dibawa arus tanpa dikesan, hampir menitis airmata mendengar rintihan mereka.

"Andainya kami seorang jutawan, inilah peluang baik yang ada untuk membantu mereka yang memerlukannya, namun apakan daya, kami cuma insan biasa yang di dalam kesederhanaan"

Separuh dinding sudahpun roboh, rumahnya ditenggelami air melebihi bumbung rumah.


Seluruh rumah diselaputi lumpur.

Tanah runtuh melibatkan separuh jalan raya.

Masih ada yang belum surut

       
Masih berlumpur dan becak.





Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, 3 Januari 2015

Misi Kemanusiaan Part 2

Salah satu Misi Kemanusiaan yang dibuat oleh suami & para jemaah masjid diketuai Imam Besar.

Bantuan meliputi bahan makanan, keperluan asas, sedikit wang perbelanjaan dan..

Operasi pembersihan rumah2 yang dilanda banjir.

Salah satunya adalah rumah yang didiami oleh sepasang warga emas.

Keadaan agak berselerak dan kelihatan daif kerana mereka tidak mampu untuk membersihkan kesan2 yang disebabkan banjir dek kudrat yang terhad.


Sukarelawan tekun menjalankan tugas masing2 bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

Selasa, 23 Disember 2014

Selasa, 23 Disember 2014

Melawat kawasan

Ala2 YB cilik gitu

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang