Masih belum siap sepenuhnya, kuih raya tak buatpun, mungkin lepas raya kot!!! (Pelikkan?? tapi itulah kenyataaan sebab saya suka hidangkan yang baru untuk tetamu..) lagipun raya nanti balik ke kampung halaman melawat saudara mara & ziarahi pusara mak ayah kedua belah pihak.
Sementara balik kampung, hidang jerlah apa2 yang ada - kuih muih kering, stok kek lapis sarawakpun dah ada beberapa ketul tersimpan rapi.
Buah tangan semasa kunjungan raya, biskut raya? 'Non ader!!!' maklum le tak sempat nak buat.. (alasan semata2).
Insya allah projek malam nanti...
Beli nun jauh di sana semasa ambil anak bujang semalam.
Ragi, beli kat sana juga..
2kg pulut/sebiji ragi
Pulut pemberian kakak sulung, agak lama tapi tersimpan rapi di dalam peti sejuk.
Agak2nya tapai pulut kali ini menjadi ke tidak?, tunggu.....
Kemaskini: 27/07/2014 @ 5:15am
Dah boleh makanpun, sedap tau jika nak dibandingkan kat kedai.. (spesis masuk bakul angkat sendiri), maka meh kita bersahur dengan tapai.. ngeee...
Pssttt: Mood tengah down, semalam masuk duit melalui mesin CDM BIMB RM1,500 untuk bayar bil2 utiliti & exora melalui sistem TAP BIMB
Malangnya ia tak masukpun ke dalam akaun, pada resit siap tertulis lagi jumlah dimasukkan RM50 x 30 (RM1,500.00) TETAPI bah. bawah sekali "lebih masa, sila berhubung dengan pihak bank", lebih kurang gitu le ayatnya, tak sempat nak buat salinan slip bank, gelabah punya pasal...
Terus buat aduan di kaunter & kes ini di dalam tindakan pihak bank, harap2 x lebur le duit tu..
Positifkan minda, jika ada rezeki, insya allah tak kemana tapi kalau dah tak ada, nak buat camner, kecuaian sendiri sebab sebaik slip keluar terus capai & pergi, harap2 duit tu tak keluar le sebab masa itu, ramai sedang berbaris nak masukkan duit.
Perlu muhasabah diri..