Jumaat, 25 Julai 2014

Jumaat, 25 Julai 2014

persiapan raya

Masih belum siap sepenuhnya, kuih raya tak buatpun, mungkin lepas raya kot!!! (Pelikkan?? tapi itulah kenyataaan sebab saya suka hidangkan yang baru untuk tetamu..) lagipun raya nanti balik ke kampung halaman melawat saudara mara & ziarahi pusara mak ayah kedua belah pihak.

Sementara balik kampung, hidang jerlah apa2 yang ada - kuih muih kering, stok kek lapis sarawakpun dah ada beberapa ketul tersimpan rapi.

Buah tangan semasa kunjungan raya, biskut raya? 'Non ader!!!' maklum le tak sempat nak buat.. (alasan semata2).

Insya allah projek malam nanti...

Beli nun jauh di sana semasa ambil anak bujang semalam.

Ragi, beli kat sana juga..
2kg pulut/sebiji ragi

Pulut pemberian kakak sulung, agak lama tapi tersimpan rapi di dalam peti sejuk.

Agak2nya tapai pulut kali ini menjadi ke tidak?, tunggu.....

Kemaskini: 27/07/2014 @ 5:15am

Dah boleh makanpun, sedap tau jika nak dibandingkan kat kedai.. (spesis masuk bakul angkat sendiri), maka meh kita bersahur dengan tapai.. ngeee...

Pssttt:  Mood tengah down,  semalam masuk duit melalui mesin CDM BIMB RM1,500 untuk bayar bil2 utiliti & exora melalui sistem TAP BIMB

Malangnya ia tak masukpun ke dalam akaun, pada resit siap tertulis lagi jumlah dimasukkan RM50 x 30 (RM1,500.00) TETAPI bah. bawah sekali "lebih masa, sila berhubung dengan pihak bank", lebih kurang gitu le ayatnya, tak sempat nak buat salinan slip bank, gelabah punya pasal...

Terus buat aduan di kaunter & kes ini di dalam tindakan pihak bank, harap2 x lebur le duit tu.. 

Positifkan minda, jika ada rezeki, insya allah tak kemana tapi kalau dah tak ada, nak buat camner, kecuaian sendiri sebab sebaik slip keluar terus capai & pergi, harap2 duit tu tak keluar le sebab masa itu, ramai sedang berbaris nak masukkan duit.

Perlu muhasabah diri..

6 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Raya dengan tapai tu UA.. akak suka tapai pulut tapi tak reti buat kena belajar juga dari mak akak ni :)

sitirohaida berkata...

sedapnya tapai pulut

Wa berkata...

Memang sedap tapai pulut tu , Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga

OKje berkata...

Geng .....rajinnya nak buat biskut lepas ....kalau kita mmg mls dah weyh...Tadi kita buat semperit susu....sekali tu geng kembang setaman haha....gasak le ....tp kita rasa lagi sedap semperit biasalah .

Rajinnya menapai...Raya sempat jadi tak tu....

Hish.....insyaallah kita doakan ada rezeki awak geng! Jangan bimbang. Pernah berlaku cina depan kita dia keluar duit tp tak ambik duit banyak pulak tu.....tp kita sempat panggil dialah....

QasehnyaRania berkata...

alahai.. so.mcm mna kesudahannya kak.harap baik baik aje ye...

kepek bwang my peberet. alhamdulillah dh makan. hihi

tapai dh lama x makan.sedapnya...
mkn sijuk sijuk sedap kan kak.
buat sndiri mmg lagi sedap. diakui.. hihi

OKje berkata...

Wah.....puaslah ek dpt makan tapai air tangan sendiri....mmg nostalgic sungguh tapi daun getah nikan...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang