Memaparkan catatan dengan label award. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label award. Papar semua catatan

Ahad, 11 Mei 2014

Ahad, 11 Mei 2014

LIEBSTER AWARD

Ditag dek OKje, tq geng..

Syarat2 yang dikenakan..

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korang. Korang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang - dah ucappun kt atas tu..

Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang - DONE

Rules 3: Jawab 11 soalan yang dikemukakan oleh orang yang nominated korang - kt bawah erk..

Rules 4: Senaraikan 11 fakta pasal diri korang secara rawak - susah sikit nak hurai, maklum le biasanya orang lain yang nampak kelemahan & kekuatan diri kita.

KEMASKINI: sikit2 ye secara peribadi: 

  1. simple
  2. asal dari kampung
  3. keras hati dengan erti kata lain susah nak ngalir air mata kalau bab2 yg remeh temeh.
  4. anak bongsu dari 8+1 adik beradik (sorang tu dari mak lain..), baki yang tinggal kini cuma 7 orang adik beradik.
  5. yatim piatu (boleh le masuk dlm list BANTUAN bulan posa nanti, ahakkkkkkk)
  6. isteri 
  7. ibu bekerjaya
  8. punyai ramai anak2 buah + cucu2 sedara, kiranya pangkat makcik & nenek daa.. (maklum le KILAUAN EMAS gitu..)
  9. suka makanan ala2 kampung
  10. tak reti buat kuih muih tradisional tapi mahir 60% di dalam penghasilan kek & biskut, kiranya raya tak perlu tempah biskut raya daa, kakak2 & ipar kat kampung sentiasa mengharapkan buah tangan buat mereka ketika datang beraya (itupun bergantung kepada tahap kerajinan adik bongsunya)
  11. BMI - 20, kiranya kekal UNGGUL di usia ini..
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 1000 followers - yang inipun susah nak jawab..

Rules 6: Senaraikan 11 soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan - yang ni BEBAS, mohon jasa baik kalian untuk keluarkan soalan & jawab sendiri, maklum le kita tengah BLANK karang ni, ekekeke.. 

Rules 7: Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang - DONE

Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang - x sempat nak cari LINK, lagipun kita amalkan budaya DEMOKRASI, berikan kebebasan kepada sesiapa yang berminat nak terima award ni, dipersilakan ambil tanpa sebarang PAKSAAN dengan erti kata lain SUKARELA. 

Sebelas Soalan OKje untuk di jawab :

1) Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
- Apa2 jerlah beb, janji daku dalan ingatanmu..

2) Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
- xderpun entri yang best2, maklum le berblog tanpa arah tujuan..

3) Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
- Penyabar dengan erti kata lain, susah nak terasa ati, korang nak kutuk @ mengata2 kt  depan @ belakang, tak jadi kudis & nanahpun di hati.

4) Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
- Kemana2 pergi suka angkut PA sapa lagi kalau bukan INSAN TERSAYANG yang sentiasa beri sokongan, atenya - FAMILY 1'ST..- jap3.. makcik confius.. sikap BURUK ke ni?? ahakkkkkk..

5) Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
- Hidung kot, maklum le nak kata mancung rasanya idok le sangat tapi nak kata kemek, rasa2nya idok jugak.. alaaaaaaaaa sedang2 jer tapi anak2 dara 2 beradik tu xmopun ikut gen uminya (byk ke arah abah, ate anak bapak katanya..).. apa2pun syukur anugerah Illahi..

6) Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
- Arwah mak ayah tapi MUSTAHIL daa, lagipun kebetulan hari ibu, tiba2 terkenangkan mereka berdua, al fatihah, moga roh mereka tenang di sana, aamiin..

7) Peristiwa paling best dalam hidup korang?
- Lahirkan 5 anak secara normal & dipermudahkanNya..

8) Impian korang yang masih belum tercapai?
- Menerima MENANTU yang boleh mengambil alih tugas2 memasak, ahakkkkkkkkkkkkk..

9) Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
- Tomyam campur2 & Fresh Orange..

10)Kalau korang jadi kaya?
- xmo berangan, maklum le 'AKU INSAN YANG LEMAH, HANYA MAMPU BERSERAH', bimbang RM mengaburi mata..

11)OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer!
- Seorang yang periang, mulutnya ala2 murai gitu - pot, pet, pot, pet tanpa henti2.. harap2 bukan seperti JOYAH seperti yang kita tonton kt dalam tv tu, opsssssssssssssssss... cukup2 le komen, kang tak pasal2 diBOIKOT blog kecil ini..

Tag: sesiapa sahaja yang sudi, dipersilakan..

Psstttt: fuhhhhhhhhhhhhhhh lega (sambil urut dada giitu..), hutang ngan OKje udah berbayar..

Ahad, 17 Oktober 2010

Ahad, 17 Oktober 2010

Best Friend Award dari Ayu

Alhamdulillah, sekali lagi aku mendapat award, kali ini adalah pemberian Ayu, rakan yang ku kenali di alam maya,  walaupun setakat ini belum penah bersua muka tapi kami sering berhubung melalui telefon. Berkongsi di antara satu sama lain memandangkan kami  dilandasan yang sama iaitu sama2  berjuang di dalam meneruskan penyusuan ibu buat tersayang.

Bagi menerima award ini,  kita perlu menjawab soalan iaitu mengenai pandangan terhadap pemberi award.

Pada pandanganku terhadap Ayu meskipun dia ku kenal di sini ialah:-
  •   Ayu memiliki sebuah keluarga yang bahagia dengan kehadiran 2 orang putera. (Mungkin tahun depan dengan kehadiran seorang puteri, Insya Allah)
  • Seorang ibu yang tabah memperjuangkan susu ibu buat anaknya dan mempunyai  ilmu pengetahuan yang cukup tinggi mengenai penyusuan ibu (jika ada di antara teman yang mempunyai masalah @ pertanyaan, bolehlah merujuk kepadanya)
  • Sentiasa memastikan keluarga mendapat yang terbaik darinya contohnya akan memasak sendiri  untuk keluarganya meskipun dia seorang ibu berkerjaya, tinggal di kota besar serta mempunyai masa yang terhad dan akan meluangkan masa bersama anak2nya sebanyak mungkin.
Cukup le tu.. kalu nak ikut, banyak yang nak disenaraikan tapi nanti tak terbaca pula jika n3 yang terlampau panjang.

Award ni aku nak berikan kepada semua rakan yang telah membaca n3 ini dan  belum  punyai award ini lagi.
Buat teman semua, sila ambik ye, seiklasnya dariku.

Jumaat, 23 April 2010

Jumaat, 23 April 2010

Award lg..

Terharu aku, walaupun baru je berblog, kiranya setahun jagung, ada rakan2 sudi beri anugerah yang tak ternilai reganya. Sebelum ni aku dapat daripada imaan09 :

Ni diaaaaaa! tapi aku kedekut, simpan je sorang2 dan  sampai sekarang belum beri kat sapa2 lagi!!


Hari ni pulak aku  dapat Award lg daripada Maslina, terima kasih banyak2 sebab sudi memberi award ini kepada akak.

 Buat kalian berdua, akak mohon maaf sebab letak award ni kat   'DIARI HIDUPKU'   memandangkan laman ni privasi sikit, ramai teman yang tak tau kewujudannya..

Award ni adalah anugerah peribadi, jadi, rasanya inilah tempat yang sesuai untuk diabadikan!! mana boleh tunjuk pada umum kaaaan! mahaaaal ni!!

Hari ni aku bermurah hati nak berikan award ni kepada teman2 yang sudi singgah ke Catatan Peribadi dan Diari Hidupku, pada siapa ye.. pada aku, semua layak mendapat award ini, tanpa kalian, coretanku terkubur gitu saje, tiada serinya..

Baik le, setelah ditimbang2, difikir2, sukacita diumumkan, penerima award kali ini ialah:-

  • imaan09 - Akak berikan ' ABMM 2010' (kiter tukar award ye!!)

  • airis-arissa -  ada 2 award je (anak ada 3 org, .. tak cukup 1, tak per le ye, kongsi2..!!

  • IbuHakimHaikal - Hasmah ambil dua2 sekalipun tak apa, boleh bagi kt anak sorang 1, hehe

  • 90home - Nurul ambil le ye, sempena misi penyusuan Farhan 6 bulan tercapai sudah

  • anisfuad79 -   akak tau anis terlalu sibuk ngan tugasan seharian, ambil le biler ada masa!
Terpulang le kepada kalian, nak panjangkan award ini kat siapa!!


Nota: Akak list dalam 5 je, kalian pilih le award mana yang berkenan di ati  atau kalau berkenan kesemuanya, ambil le semua!
Kepada rakan lain, jgn kecik ati ye.. kalu ada rezeki,  kiter  kongsi le nnt!! sayaaaaang semua!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang