Jumaat, 3 Disember 2010

Jumaat, 3 Disember 2010

rinduku terubat jua

Naper ye tajuk entriku kali ini berkisarkan perkataan di atas? nak rindu kat sapa? en. hubby ader depan mata, apatah lagi anak2ku, kesemua mereka ader sini. Nak ke mana2 WAJIB bawa bersama apatah lagi pada cuti persekolahan, pokok pangkalnya kami tetap bersama buat selamanya.

Sebenarnya aku amat merindui dunia blogging yang sudah sebati dengan diri ini, rindukan rakan2 di alam maya yang sentiasa berkongsi suka dan duka. Mungkin kekangan masa yang begitu mencemburui diri ini, sepanjang hari sentiasa dipenuhi dengan pelbagai tugasan, hatta apabila sampai ke rumah, badanpun sudah terlalu penat, letih yang amat2 sangat, awal2 lagi sudah pengsan dan yang menjaga ummi tentunya si Alya yang kehausan belaian ummi, jika dahaga dan ingin 'nyusu', pandai2 le dia mencari bekalannya.. kesian anakku!!.  maafkan ummi ye sayang!!

Alhamdulillah, boleh dikatakan kebanyakan kerja rumah dibantu dek suami tersayang,  jika tidak, entah le.. agak2nya rumah kami boleh menjadi sebuah bukit dek kain baju yang menimbun, dan dihiasi ngan sampah sarap dan sawang.. Inipun aku mencuri masa menulis n3 bagi mengurangkan STRESS selain mengubati kerinduan terhadap laman ini. Mungkin penghujung tahun 2010 dan di awal tahun 2011, aku terpaksa mengurangkan masaku terhadap dunia blogging bagi memberikan tumpuan terhadap tugasan hakiki yang entah bila akan selesai. Buat teman2, Insya Allah.. jika punyai masa terluang, aku akan cuba sedayanya ziarahi kalian, terima kasih atas sokongan padu semua. Sayang semua!!!!

(tajuk asal rindu, rindu, rindu terpaksa ditukar kepada rinduku terubat jua memandangkan terdapat persamaan dengan tajuk nukilan DAKAPANRINDU, justeru itu ia terpaksa ditukar bagi mengelak kekeliruan, rupanya kami memiliki citarasa yang sama. he3)

6 ulasan:

ayukhairy berkata...

alamak..sedih plak baca entri ni..jangan hilang terlalu lama ye kak..nanti kami semua akan rindukan akak ^_^

Umialya berkata...

sbb ayu le, akak buatkan jugak n3 ini.. hu3

Aimmie Qistina berkata...

salam kak..kite pun tgh bz sgt skrang ni...tapi memang x smpat tul nak berblog..

Umialya berkata...

salam
akakpn rindu coretan mie

Ena berkata...

tu la.. dah hujung tahun ni banyak yg nak dikejarkan kak.. ;D

Umialya berkata...

ena
gitulah..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang