Alhamdulillah, setelah 5 hari kuar daerah bagi menjalani tugasan rasmi di beberapa daerah, kami selamat sampai ke rumah sekejap tadi setelah mengambil masa sehingga 7 jam perjalanan. (untuk kali ni abis semua anak beranak diangkut bersama sambil CUTI2 MALAYSIA sempena cuti persekolahan - dorang le tapi aku tak sempat ke mana2, kerja, kerja dan kerja!!)
Semasa dalam perjalanan balik tadi, kami singgah di jeti nelayan (entah, lupa lak nama tempat tu di daerah Pekan) sempat le sambar udang segar 3 kg dan ikan untuk di bawa balik ditambah dengan kiriman udang besar dan sotong semalam di Kuala Rompin, geramnya, murah sangat reganya jika nak dibandingkan dengan harga semasa ditempatku dan semalam kami team2 bertugas sempat lagi berbbq di Rompin, oh ya.. sempat lagi belajar masak 'puding diraja' yang sememangnya sinonim dengan 'Bandar Diraja' Pekan.
Paling istimewanya petang tadi, kami sempat singgah di kedai 'Martabat Mekasar' yang terkenal di daerah Pekan bagi merasai keenakan martabat ini. Bagiku rasanya biasa2 je, mungkin dek kerana dah terbiasa dengan martabat yang enak dikampungku nun jauh disana, apa lagi jika bukan 'Martabat Diraja' (sapa tau, kat maner femes?) justeru itu, selera ini tetap pada yang satu
Semasa mula2 sampai ke rumah tadi, mata terasa amat mengantuk tapi setelah siap kerja2 menyiang, membersih dan menyimpan bahan2 mentah ke dalam frezeer, mata ini kembali segar. Hilang sudah rasa mengantuk maka sempatlah berfb dan berblog biarpun seketika cuma bagi mengurangkan kerinduanku terhadap laman ini, maka sempat le melawat 2-3 rumah rakan2. (memang dasar blogger tegar, pasti mencuri masa biarpun seketika untuk diluangkan demi laman kesayanganku ini .. hu3)
Rasa2nya cukuplah setakat ini dulu coretan diawal pagi ni.. nak rehatkan badan. Buat teman2 yang tidak jemu2 menziarahi rumah yang terbiar selama beberapa hari ini diucapkan terima kasih banyak2, tanpa anda, maka sepilah rumah kecilku ini.. sayang semua, muaaahhhh!!









5 ulasan:
selamat beristirehat...:)
MEH JOIN TEKA TEKI ME WAT..:)
mmmuaahh jugak! SELAMAT BEREHAT..
eT
tk, INsya Allah, nnt akak ke sana jwb teka teki
Lea
tk
selamat beristirehat kak...sya je yg tak leh rehat...huhuhu
kat ofis ni...ngantuk...smlm blk rumah kul 11 mlm...pastu kemas rumah lak sampai kul 1 pagi...
sya..
tk..
jgn tido kt opis lak, he3
Catat Ulasan