ARAU: Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang. Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri hingga menimbulkan kemarahan guru berkenaan yang memukul tanpa belas kasihan.
Selepas memukul kepala, guru dikatakan naik minyak dan menggoncangkan badan mangsa serta menolak dengan kuat ke dinding yang menjadi punca utama perdarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.
Selepas memukul kepala, guru dikatakan naik minyak dan menggoncangkan badan mangsa serta menolak dengan kuat ke dinding yang menjadi punca utama perdarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.
Laporan seterusnya di Berita Harian dan HMetro
Sedih sangat apabila membaca kisah ini tambahan pula pelajar ini merupakan anak yatim yang telah kematian ibunya 5 tahun lalu dan dipelihara oleh keluarga angkat.
Sepatutnya guru tersebut berfikir secara rasional dan membuat keputusan yang tepat, bukannya menyiksa pelajar tersebut dengan membelasah hampir 2 jam dengan kedua belah tangannya diikat pada tingkap asrama.
Sama2lah kita berdoa moga pelajar ini sedar dari koma. Amin









7 ulasan:
Salam...kesian pulak dengar...besar sangatkah kesalahan pelajar tu sampai dibelasah begitu teruk. Sepatutnya menghukum utk mengajar bukannya menghukum untuk menyiksa dan menyusahkan...
Abang Long
Seandainya pljr tu betul2 bersalah, kaji & selidik sbb n pnybb dia begitu, mgkn bkn khndak asalnya tp keadaan yg mmksa..
bg yg sudah remaja & dewasa, drg sdh blh brfikir buruk n baiknya tp seusia 7thn, apa sgtlah!!
kesian sgt...bkn begitu caranya even budak tu bersalah pun :(
ya Allah xpatutnya.mana hilangnya tugas seorg cikgu?menyiasat dgn adil?bnci la manusia cm2.patut buang je jd cikgu!
Mama Zharfan
YAp.. kesian sangat2
Jat
Kiranya ditakdirkan anak ini meninggal, terpaksalah cikgu ni menerima hukuman di atas perbuatannya.
Bukan senang jadi cikgu weh kalu x sifat penyayang dan penyabar!!!
tak tahula..tak terkata
kalau 17 tahun tahan lagi..ni 7 tahun..???
mana pergi pertimbangan..
Catat Ulasan