Isnin, 18 April 2011

Isnin, 18 April 2011

hari2 yg kosong

Entri terakhir ialah pada hari khamis yang lepas, ini bermakna sudah 4 hari aku menyepikan diri tanpa sebarang entri terkini, terima kasih teman kerana masih setia bersamaku.

Apa yang pasti, aku masih disini dan lakukan bw ke rumah kalian, cuma idea untuk menulis 'O', Mungkin aku perlukan sedikit masa untuk merehatkan diri dan difikiran ini sedang berkira2, perlukah aku bercuti? 

Mungkin aku perlukan sedikit masa untuk bersama keluarga dan lupakan seketika urusan rasmi.

Kini aku mulai merindui anak kecil ini biarpun ditinggalkan seketika cuma, apatah lagi di dada akhbar sering memaparkan kemalangan yang melibatkan nyawa si kecil  lantas di mata ini terus terbayangkan wajah Alya.

Hari ini pula laporan di akhbar Berita Harian "bayi berusia 1 tahun 2 bulan lemas dalam kolam ikan hiasan" membuatkan aku terkedu. Sekelip mata kita bisa kehilangan insan yang disayangi.

Mungkin aku pernah kehilangan anak kecil membuatkan aku takut kehilangan buat kali kedua. Ahhhh, aku seakan lupa ketentuanNya, ampunkan aku ya Allah!!

6 ulasan:

Unknown berkata...

hehee...belasah la kak..janji blog ada update..:p

Umialya berkata...

eT
ha3.. tergelak pulak akak baca komen ni.. belasah ye? boleh aje!!

zati embong berkata...

kdg2 jat pn selalu cm2 kak,nk menulis tp idea xde,tp nk gak menulis.hihi

Umialya berkata...

Jat
he3

bokbong... berkata...

keluarga lebih penting dari segala-galanya

Umialya berkata...

bokbong..
yap betul tu.. keluarga perlu diutamakan

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang