Entri terakhir ialah pada hari khamis yang lepas, ini bermakna sudah 4 hari aku menyepikan diri tanpa sebarang entri terkini, terima kasih teman kerana masih setia bersamaku.
Apa yang pasti, aku masih disini dan lakukan bw ke rumah kalian, cuma idea untuk menulis 'O', Mungkin aku perlukan sedikit masa untuk merehatkan diri dan difikiran ini sedang berkira2, perlukah aku bercuti?
Mungkin aku perlukan sedikit masa untuk bersama keluarga dan lupakan seketika urusan rasmi.
Kini aku mulai merindui anak kecil ini biarpun ditinggalkan seketika cuma, apatah lagi di dada akhbar sering memaparkan kemalangan yang melibatkan nyawa si kecil lantas di mata ini terus terbayangkan wajah Alya.
Hari ini pula laporan di akhbar Berita Harian "bayi berusia 1 tahun 2 bulan lemas dalam kolam ikan hiasan" membuatkan aku terkedu. Sekelip mata kita bisa kehilangan insan yang disayangi.
Mungkin aku pernah kehilangan anak kecil membuatkan aku takut kehilangan buat kali kedua. Ahhhh, aku seakan lupa ketentuanNya, ampunkan aku ya Allah!!









6 ulasan:
hehee...belasah la kak..janji blog ada update..:p
eT
ha3.. tergelak pulak akak baca komen ni.. belasah ye? boleh aje!!
kdg2 jat pn selalu cm2 kak,nk menulis tp idea xde,tp nk gak menulis.hihi
Jat
he3
keluarga lebih penting dari segala-galanya
bokbong..
yap betul tu.. keluarga perlu diutamakan
Catat Ulasan