Keluar daerah lagi untuk beberapa hari ni, seronokkan, tidak le terperuk aje dalam pejabat setiap hari. nampaknya kali ini bersendirian di dalam bilik. (sudah booking "single room", sapa suruh..)
Bagi elakkan rasa jemu, gagahkan jua diri ini berjalan di sekitar tempat penginapan, ke mana lagi jika tidak ke Sogo, ermm sesak nafas seketika apabila terpaksa menyelit dicelah2 orang ramai, rasanya tak pernah lagi Sogo sunyi tanpa pelanggan. Banyak untung woo..
Rambang mata lihat pakaian kanak2 yang berlambak2, 'offer' katanya, sesudah habiskan bajet beli beberapa pasang pakaian untuk si manjaku, tergerak hati untuk membeli kasut buat Alya, yang menjadi tanya tanya ialah di atas rak tersebut telah terletak notis jualan murah tapi apabila lihat pada harganya kini dan dibandingkan dengan harga yang dibeli pada tahun lepas, harganya tetap sama iaitu RM49.90, xder terkurang & xder terlebih.
selingan: tempek wajah kesayangan hamba..
ummi rindu sayang!!









13 ulasan:
bila berjauhan mestilah keletah anak bermain di mata rindunya sampai menitis airmata kan?
Salam Umialya. Terima kasih sudi ke blog akak :)
Kekadang gitulah, depa tulih ada sale tapi harganya sama jugak atau depa naikkan harga, lepas tu bagi diskaun padahal harga lepas diskaun sama dengan harga asal..haisy..
Comel wajah kesayangan tu :)
kadang2 mmng kita 'tertipu' dgn jualan murah ni...tapi dah mmng perangai pompuan, pntang ada offer mmng serbu...hehehe
kasihibu
rindu..
Dinas ldi
pi mai, pi mai tang tu, hihihi
MP
tu le masalahnya
SOGA MMG SENTIASA ADA JUALAN MURAH TAPI TAKLAH MURAHPUN.NURUL KALAU G SOGO MASA BUJANG DULUJER.SKANG TAK G SBB FENING.RAMAI TOLL ORG
lamaaa x p sogo sejak keje kat cyber...
dulu keje kat jalan tar he3
sogo tu mmg la tipu sikit. tapi org tetap beli. hehe
wan nurul hezrina
org sntiasa ramaikan!!
lia
akak stkt sogo je, malas nak merayap jauh2
NoEn
rindu..
Azhariah Zuber
tertipah tertipu, hihihi
Catat Ulasan