Entah di masa silapnya hari ini, awal2 pagi lagi sudah berdepan dengan seorang klien yang gaya ala2 blur gitu.. puas sudah diterangkan itu & ini, si dia asyik bertanyakan "ada effect tak?", tanpa jemu berikan jawapan & penjelasan panjang lebar terhadap persoalannya, lagi dan lagi TETAPI si dia tetap bertanya soalan yang sama.
Akhirnya saya bertanya kembali kepada si dia " Sebenarnya effect apa yang Pn maksudkan??, nanti saya boleh jelaskan secara terperinci.." sambil tersenyum kelat, si dia terdiam seketika sebab seakan tidak pasti apa sebenarnya soalan yang ingin di tanya.
Sabar & terus bersabar melayan karenah klien walaupun mengambil masa yang sememangnya lama, air liurpn dah agak kering gitu, akhirnya situasi berakhir dengan kejayaan.
Situasi kedua, kali ini pula melalui talian rasmi oleh seorang lelaki, entah apa maunya, lepas satu2 soalan ditanya & dijawab dengan penuh kesabaran, dari pertanyaan biasa hinggalah kepada pertanyaan ala2 SX-18 gitu (tiba2 jadi KAUNSELOR gitu).
Nak putuskan talian sebegitu sahaja, risau gak, mana le tau kot2 Pihak HQ menyamar sebagai klien (kita kerja ngan org ramai, kena fikir yang positif jer..), kalau koranglah apa akan dibuat jika si pemanggil bertanyakan soalan 'Nak tau azal tu macam mana ye sebab sampai sekarang saya tidak pernah rasa..' ( katanya sudah 2 bulan kahwin tapi tak rasa apa2, gileeeerrrrrrrrr punya soalan, logik tak, logik tak?).
Jadi saya perlu mencari akal supaya dapat menghentikan panggilan sebegini secepat mungkin tanpa menguriskan perasaan si pemanggil, bukannya boleh campak jer gagang telefon sesuka hati, silap percaturan terus adu peringkat hq, maklum le sekarang ini semuanya dihujung jari.urmmm rasa2nya pemanggil yang sama setahun lepas, suka bebenor wat kecoh di dalam talian.
Nota: Setahu saya, salah satu sebab mereka yang tak pernah merasa kepuasan jika punyai masalah dalaman (kena dapat rawatan Pakar) & penyalahgunaan dadah yang tegar spt pil kuda sbb mereka hidup di dalam dunia tersendiri, lain2 spt masalah 'psikiatri' - iaitu mendapat kepuasan secara tidak normal dsb.
Kesimpulannya klien tadi kemungkinan berada di bawah pengaruh dadah @ punyai masalah psikiatri sebab soalan yang ditanya terlampau merapu dimana dia punyai kepuasan melalui percakapan dsb.
Jadi saya perlu mencari akal supaya dapat menghentikan panggilan sebegini secepat mungkin tanpa menguriskan perasaan si pemanggil, bukannya boleh campak jer gagang telefon sesuka hati, silap percaturan terus adu peringkat hq, maklum le sekarang ini semuanya dihujung jari.








