Memaparkan catatan dengan label tugasan rasmi sambil makan angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tugasan rasmi sambil makan angin. Papar semua catatan

Selasa, 7 November 2017

Selasa, 7 November 2017

Family Day sempena BKK1M

Kejadian sabtu lepas di Bukit Gambang Water Park,  dapat tiket percuma,  jika tak berpeluh weyhhhhh nak bayar  RM38/orang.

Jangan cari tuan rumah ya,  ada tu terselit entah ke mana, jika suruh caripun gerenti tak jumpa. 

Berbaris nak masuk,  1000 peserta,  cuba bayangkan seramai mana tu. 

Paling seronok tentunya anak2.. 

Asyik ulang tayang jer video ini,  tak juga jemu. 

Semangat team work telah membuahkan hasil

No 1 & 2 dibolot oleh Alya & sepupu2nya.

Cukuplah setakat ni,  jumpa lagi..  bye,  bye..  

Khamis, 21 September 2017

Khamis, 21 September 2017

Tiba-tiba tersedak...

Amboiiiii geng, tak menyempat kita buat entri, awak dah seru kat sana dengan SARAPAN OKSIGEN, nasib baik juga,  jika tak habis bulan ni,  belum tentu ada entri baru.

Inilah rupanya karipap oksigen,  sarapan kami 2 beranak pagi ni,  korang pernah makan tak?

Sebenarnya sudah lama saya minta suami belikan jika terjumpa dengan karipap oksigen,  maklumlah sebagai blogger suam2 kuku, adalah ideanya,  lagipun sebulan sekali baru ada entri baru,  ok apa? 😄😄😄

Alang2 dah up status,  saya nak ucapkan terima kasih atas doa kalian,  alhamdulillah dah pulih sepenuhnya dari demam,  ginilah gayanya bila umur makin meningkat, sistem pertahanan badan semakin rendah, kembali berjinak2 dengan multivitamin, ingat nak ambil EPO,  ok tak? Gayanya kena dapatkan khidmat nasihat Dr. Ain.

Nantilah jika ada masa,  saya melawat kalian pula, sekarang ini kesibukan melanda, waktu berlalu begitu cepat.

2 minggu lepas berkursus ke Genting Highlands, petangnya sempatlah meronda2 di sana,  jemu weyhhhhh,  bukan jiwa "orang tua" dengan suasana hiruk piruk, banyak tempat ditutup sebab di dalam pengubahsuaian, nak ambil angin luar, hujan pula waktu tu.  outdoorpun tak pasti bila siapnya?

Minggu lepas pula kami join Program JKM, lama tak kerja luar sejak dua menjak ni, sesekali seronok juga.  ðŸ¤”🤔🤔

Nasib baik minggu ni nama digugurkan dari menyelaras program kat Pekan, maklumlah cuti panjang,  anak2 ada kat rumah. 

Khamis, 24 Disember 2015

Khamis, 24 Disember 2015

Sesekali bersama....

Sempat lagi mencuri masa menikmati keindahan alam semulajadi

Lagi keindahan ciptaanNya, subhanallah..




Sambutan diluar jangkaan, Alhamdulillah..
Aktiviti Bersewang

 

Pemberian bantuan...
Lokasi: Pos Buntu, Raub, Pahang.

Selasa, 22 Disember 2015

Selasa, 22 Disember 2015

Keindahan Alam Semulajadi



Sungai bersih dan tidak tercemar, sesuai untuk seisi keluarga berkelah dan mandi manda.

Lokasi: Lata Lembek, Raub.

Sabtu, 15 Mac 2014

Sabtu, 15 Mac 2014

Suatu Hari Di Tasik Chini






Biar gambar berbicara...

Sekeping cuma untuk hari ini
 "Ummi bizi le sayang..."

Jumaat, 14 Mac 2014

Jumaat, 14 Mac 2014

Salam Jumaat







Mencari ketenangan di tengah Tasik..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang