Sabtu, 30 Disember 2017

Sabtu, 30 Disember 2017

Kesunyian bakal tiba

Masing2 dah siap packing barang, 2018 tiada lagi riuh rendah gurau senda anak2,  kadang2 bingit telinga dibuatnya. 

Tamat sudah tempoh sebulan, setiap pagi asyik fikir menu permintaan anak2 terutamanya si bujang junior, seorang ini punyai taste tinggi berbanding  dengan adik beradik yang lain..  



Gulai Masam Ikan Patin (masak tempoyak), yang ini menu wajib,  makanlah sampai jemu anak. 

Bukan setakat ikan patin,  ayam tempoyakpun jadi pilihan mereka. 

Pulut Durian

Pulut mangga

Kedua2nya pilihan si bujang junior, ada yang berulang masak menu yang sama,  yalah selagi tak jemu. 

Durian crepe 
(tak sempat buat,  order sahaja, cukuplah untuk melepaskan hajat anak)

Pulut kuning pilihan si cilik

Antara menu yang sempat disediakan, banyak tak ambil gambar memandangkan terkejar masa ke tempat kerja pula. 

Insya Allah 6 bulan lagi kami dapat berkumpul bersama ( dah survey2 tiket airasia,  waduhhhh mencanak naik, ia akan terus meningkat dari masa ke semasa,  maklumlah cuti semester nanti serentak dengan cuti sekolah dan hampir Hari Raya Aidilfitri, tunggu hitam putih baru boleh beli.) 


4 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Samalah juga.
Anak2 cucu pakcik pun dah mula packing barang

Nor Azimah Ali berkata...

Hihihi, anak2 Saya 3 org mmg ada di rumah, tadelah terasa perpisahan.
Yg berdua tu kadang Ada balik sekejap2.

Anak2 nak makan mmglah mak Tak sampai hati kalo tak masakkan, terhibur memasak Dan tengok dorang makan Kan

Wah awal dah plan, nak ke mana tu, Sabah ke?

Etuza berkata...

asalam..syukur kita semua sampai juga ke hujung hari tahun 2017 dgn izinNya.
Bab makan ni bila anak minta kena tunaikan. Semampu boleh Etuza kena tunaikan..ini tips ibu Etuza .katanya anak minta kena bagi usah berkira. Begitulah ibu Etuza.
Alamak makanan2 tu comel2 ..lazat berkhasiat

Etuza berkata...

selamat kembali belajar buat anak anak umi..selamat tahun baru 2018

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang