Selasa, 23 Oktober 2018

Selasa, 23 Oktober 2018

Misi berjaya akhirnya

Seawal pagi selepas punch card,  kedengaran suara anak anjing berbunyi nyaring seakan minta bantuan, intai melalui tingkap,  kelihatan seekor anak anjing mundar mandir ingin selamatkan seekor lagi anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang.

Tidak lama selepas itu,  langsung tidak nampak kelibat anak anjing tersebut tapi suaranya masih lagi sayup2 kedengaran, dalam hati terdetik pasti iapun sudah jatuh ke dalam longkang. 

Pergi jenguk,  nampak 2 ekor anak anjing mundar mandir nak selamatkan diri tapi tidak berjaya sebab tebing longkang agak tinggi,  lebih kurang 4-5 kaki parasnya.. 

Minta tolong uncle yang lalu lalang tapi seorangpun tidak sanggup membantu. 

Mereka di dalam keadaan kuyup dan menggigil kesejukan.

Kami cuba keluarkannya tapi tidak berjaya, hubungi Pejabat Haiwan berdekatan (cari di dalam en.  google no. tel tapi tiada, akhirnya hubungi pejabat haiwan di daerah berhampiran untuk mendapatkan no. tel, baru berjaya)  tapi difahamkan mereka ada program luar dan ketiadaan staf di klinik. 

Kemudian hubungi JPAM, pihak mereka siap ambil statement dan  data2 detail si pengadu, tunggu punya tunggu tak muncul tiba, lebih 30 minit menunggu baru dapat panggilan dengan memberi alasan pihak mereka tidak punyai staf yang cukup untuk membantu..  

Buntu seketika memikirkan cara untuk selamatkannya setelah lebih 3 jam terperangkap di situ,  nasib baik cuaca hari ni elok, jika hujan,  entahlah dengan nasib anak2 anjing tersebut, akhirnya terpaksa juga minta bantuan BOMBA, sekejap sahaja mereka datang dan berjaya selamatkan.


Terima kasih tidak terhingga kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat,  kalian memang hebat dan terbaik. 

10 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Walaupun najis, saya pun tidak akan sampai hati biarkan mereka mcm tu, tahniah3x anda baru saja mbuat tindakan yg tepat.

Ushhh.. Anda tu.. Hihi

Umialya berkata...

Betul NA, apapun ia makhluk Allah juga..

Etuza berkata...

Anak anjing.aik bulu hitam lagi. Merisaukan lah agaknya nak berlindung tapi jatuh..ada berkat tu ..elok lah dah selamat

Etuza berkata...

Etuza tak suka anjing ..anak kucing di laman di gigit dan di bawa makan...anjing orang lalu rumah ke kebun mereka ..

Umialya berkata...

Sebenarnya saya seorang yang takut kpd anjing tapi entah le bila ia berkait dengan anak, tak sampai hati nak biarkan anak2 anjing tu terus terperangkap

Umialya berkata...

Mungkin mereka nak ikut ibunya tapi tercicir jauh dibelakang & tergelincir ke dalam longkang

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Sian dog tu.. sib baik selamat, Umi.

Umialya berkata...

Itulah Sam.. berlandaskan nilai kemanusiaan., ia perlu diselamatkan..

OKje berkata...

Alahai siyannya....
Abam Bomba jugak yg terbaik dan bersedia membantu apa saja kan....
Diaorang ni buat keje cepat aje sebab ada alat yg lengkapkan.

Umialya berkata...

OKje..
Itulah bangga dengan pasukan penyelamat BOMBA.. sedia berkhidmat tak kira masa.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang