Alhamdulillah, kini usia Alya sudahpun menjangkau 1 tahun 5 bulan 4 hari bermakna tempoh penyusuanku sudahpun hampir ke penghujung, cuma tinggal lagi 7 bulan, errrmmmm, sekejap je masa berlalu. Moga perjuanganku berikan yang terbaik buatnya tercapai, Amin..
Sekarang ni, macam2 peel yang sering mencuit hati kami dan yang paling seronoknya, dia suka meniru apa sahaja kelakuan kita.
Contohnya, malam ni sesudah aje dia membuang air besar, aku pimpin tangannya menuju ke bilik air dan berlari2 anak sambil kaki terjengkit2, apatah lagi diapun ikut sama, berlari2 anak ngan kakinya terjengket2 juga dan tergelak2 gembira.
Dia sudah mula memahami arahan kita, suruhlah apa aje, ringan tulang dia membantu. Perkara yang paling digemari olehnya ialah membantuku terutamanya semasa aku alihkan kain daripada mesin basuh, dia akan dok di tengah2 kemudian kain tersebut akan diambil olehnya dan seterusnya akan dimasukkan ke dalam bakul.
Seiklasnya aku akui, sukar untukku tinggalkan dia di waktu malam, yalah, inilah masanya dia bersamaku dan akan mengempeng manjang serta menyusu sepuas2nya hingga ke pagi. 'Tak sanggup ummi tidur tanpa Alya. hu3.'.
Macam2 lagilah, kalu nak diceritakan satu persatu, banyak sangat, Insya Allah, aku sambung kemudian ye..










2 ulasan:
Sonok tgk anak yg membesar.moga mereka2 ni sentiasa dilindungiNya..aminnn
eT
Amin
Catat Ulasan