Ahamdulillah baru ader sikit mood ber'baking' w/pun cuma 10% je, itupun disebabkan dek buah nenas sudah ranum di sudut dapur, nak tak nak terpaksa juga kupas dan parutkan ia untuk dijadikan jem nanas.
Memandangkan mood masih suam2 kuku, kerja2 memarut nenas tadi terasa seakan berjam2 lamanya biarpun ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja sambil 'mulut mengomel', bilalah nak siap ni???? huhuhu
Tugasan memasak pula diserahkan kepada anak daraku berdua iaitu Nur Syamimi dan Suzila, kononnya nak latih mereka buat kuih raya, senangkan apabila punyai anak2 yang sedang meningkat ke alam remaja!!!
Tara... akhirnya jem nenas siap dan boleh digunakan pada bila2 masa, ada permintaan dari dorang, "esok kita buat lagi ye!!".
Jem Nenas (resepi cikgu ajar semasa berada di dalam aliran SRT dulu2)
Bahan2:
Nenas ( yang telah diparut dan ditus kering airnya)
Nota: 1 cawan nenas + 1 cawan gula (tapi tadi cuma guna cuma 1/2 cawan gula sahaja)
Masukkan nenas dan gula ke dalam kuali, masakkan ia menggunakan api yang kecil sehingga pekat dan kering, angkat dan sejukkan sebelum diguna untuk membuat 'tart nenas'..









13 ulasan:
Wah misi wat jem tart dh bjaya... Tart gulung sebekas!!! Hihi
aju
doakan misi wat tart nanas berjaya!!!
nak? boleh!!!
kak,baru nk tgk gmbr tau.hihi.
seronoknya dapat buat tart sendiri...!!!Harap2 esok mood dah meningkat panas membara yer...
rajinnya buat jem nenas sendiri. kalau fiza, mmg tak daya la, sebab masa muda remaja dulu selalu tolong mak buat jem nenas. skrg, beli yg ready made jer...
buat sendiri lebih puas sebenarnya, kan...
tengah nak wat jugak nih
wow. best best. nk share... awak boleh x letak fb like button, nnt boleh la juga share ngan ramai lagi orang
Maaf semua, rupanya banyak ulasan akak tercicir nak jawab, gara2 nak rayalah ni
Jat
tulah krg ni, malas sgt nak upload gmbar
MP
Tula, bila dah mula, boleh kata hari2 dok wat kuih, habis syawal baru snyap kot!!
Naimatul Hafizah
buat sndiri adalah kepuasan
JO
ader lg ke?
Fauzi
tk sudi komen.. xper nnt akak ke sana lak, huhuhu
Catat Ulasan