Semalam keluar daerah lagi, destinasi kali ini ialah ke Cameron Highlands, walaupun program di dalam bulan Ramadhan tetapi ia tidak mematahkan semangat berkhidmat untuk negara. (kononnyalah.. hehehe)
Alhamdulillah sambutan pagi tadi mencapai sasaran dan kami dapat jayakan dengan sebaiknya, ia adalah hasil daripada kerjasama kami bergabung staf kesemua daerah dan mempunyai 3 orang petugas berbangsa cina, ia memudahkan komunikasi, maklumlah klien kali ini hampir 99% di kalangan kaum cina.
Semalam kami telah menyewa 3 buah apartment, menariknya malam tadi kami ada upacara makan kek bagi menyambut kelahiran rakan kami minggu ini, awal pagi pula kami memasak dan sahur bersama2. Gamat suasana apabila dapat berkumpul ramai2, seakan sebuah famili yang besar.
Sebaik sahaja habis program tadi, sempat lagi meronda2 mencari buah strawberi, jagung dan sayur2an untuk dibawa balik dan singgah di ladang teh untuk bergambar.
Sampai rumah agak lewat petang, penat sangat2 tapi dek tuntutan sebagai seorang isteri dan ibu, sempatlah juga memasak untuk juadah berbuka, ingatkan sedikit aje yang dimasak tapi apabila terhidang di atas meja, alamak.. habis ke tak ni?
Sampai rumah agak lewat petang, penat sangat2 tapi dek tuntutan sebagai seorang isteri dan ibu, sempatlah juga memasak untuk juadah berbuka, ingatkan sedikit aje yang dimasak tapi apabila terhidang di atas meja, alamak.. habis ke tak ni?











4 ulasan:
Syoknya berprogram smpi ke Cameron ye kak, dlm pd penat2 tu smpt jgk masak utk berbuka... Jagung tu buat bubur alangkah sdpnya kak
aju
kalu dok dekat, bleh akak hulurkn setongkol dua
jagung mutiara!bestnya.makan saja pn sedap.haha.
Jat
sedapkan!!, akak rebus kejap je
Catat Ulasan