Selasa, 2 Julai 2013

Selasa, 2 Julai 2013

Jiran Tetangga

Sepanjang peninggalan kami beberapa hari ini, kunci pendua ditinggalkan kepada jiran berbangsa India yang tinggal di hadapan rumah memandangkan salah seorang daripada mereka tidak bekerja, minta tolong  'Auntie' jenguk2kan anak di rumah ataupun sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.

Bukan kami tidak berjiran sesama melayu & muslim tetapi memasing bekerjaya dan penat bekerja. xmo lah nak ganggu mereka, begitu juga untuk menghantar & mengambil anak2 ke sekolah, sahabat berbangsa Cina & India yang banyak membantu. Kami cuma hulurkan duit minyak jer, oh ya... kadang2 tumpang jer jiran Melayu sebelah rumah.

Bab makan minum anak2 usah dirisau, itu pesan kami memandangkan anak2 sudah dilatih untuk menyediakan makanan yang 'simple' dan dibekalkan duit belanja yang mencukupi.

Walaupun telah dipesan berkali2, akan tetapi siang tadi dihulurkan juga lauk kari telur untuk santapan anak2, urmmm serba salah jadinya.

Anak sudah dinasihat supaya tidak makan makanan sebarangan, lagipun siang tadi memasing membeli makanan pilihan mereka di pekan sehari kawasan perumahan ini.

Nota: Jika dilihat hari2 biasa, kami tidak bersembang @ bermesyuarat tingkap dek kekangan masa masing2 tetapi di dalam keadaan yang memerlukan, memasing ringankan tulang membantu di antara satu sama lain.

12 ulasan:

kasihibu berkata...

inilah namanya jiran sepakat membawa berkat

Unknown berkata...

Mak saya selalu pesan, jiran2 ni bt mcm adik beradik..jgn kedekut...jgn sombong.

Puan Kutu berkata...

bagusnya..jiran plbagai bangsa tolong menolong.hidup berjiran macam ni kena la saling membantu

ajumohit berkata...

mmg penting hidup berjiran, kalau incase emergency mmg masing2 saling memerlukan

OKje berkata...

Untung jugak ada jiran yang perihatin kan UA hehe
Bis tu kari tu dah selamat ke belum?hehe ke was was nak makan? haha
Dia pun tau kot....

MulutPayau berkata...

Seronok kalau dapat jiran yg baik..walau berlainan bangsa tapi tetap boleh membantu dan tidak sombong...

Unknown berkata...

bagus jiran akak.. boleh mintak tolong kalo ade pape masalah.. jiran2 zura setakat nih x mesra sangat.. kalo jumpe ade lah senyum.. bercakap memang jarang sekali.. tapi kalo untie india belakang rumah selalu jugak tegur sapa.. selalu bersembang kat pintu dapur lah.. heheehhe

Ena berkata...

bagusnya.. 1 Malaysia gitu..

ayukhairy berkata...

Bestnya dpt jiran mcm tu

Sukma berkata...

beruntung dapat jiran yg baik gitu...

eita berkata...

bagus sungguh kalau dapat jiran macam ni...tak penting diri sendiri nak jugak menolong

Cik Nor berkata...

err..err..kalau was2 xyah makan le kan...
fikirkan suci lagi menyucikan, mmm...walaupun telur je pun

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang