Hari ini baru berkesempatan untuk memborong daging segar, semasa sampai digerai menjual daging segar, pembeli begitu ramai, masing2 memilih sendiri daging yang sudah siap di potong (jangan harap le nak daging musim ke apa, tak dilayannya..), saya mengambil daging dalam kuantiti yang agak banyak, kiranya penuh tray penimbang, kemudian letak bersama daging pembeli lain untuk ditimbang dan dikira harganya.
Mata tertarik pada sudut di sana, "sib baik ada tulang rusuk..", apa lagi saya terus capai tray & pilih tulang rusuk yang sudah siap dipotong kecil2, sayapun mengambilnya di dalam kuantiti yang banyak juga, yalah sebagai stok kami selama beberapa minggu, nanti boleh bergilir2 lauk untuk dijadikan juadah pada Ramadhan ini.
Kemudian saya berikan tulang rusuk kepada Si Penjual daging untuk ditimbang sambil itu saya minta daging yang telah dipilih sebentar tadi, saya lihat pembeli lain semuanya sudah beredar dan saya bermati2an menganggap bungkusan daging yang sudah berbungkus itu adalah kepunyaan saya.
Setelah membayar RM104 untuk harga tulang rusuk & daging tadi, saya cepat2 beredar, maklumlah nak kejar masa walaupun pada waktu yang sama, terdetik di hati, "naper cuma RM104 jer, bukankah saya ambil banyak daging tadi & terasa ringan semasa mengangkat bungkusan yang dihulurkan.."
Balik jer ke rumah, terus buka bungkusan daging, saya amat terkejut & kecewa, bukan daging sepertimana yang diimpikan tapi hati lembu, sudahlah saya dan anak2 tidak makan organ dalaman.
Nasib badan le, nak pergi hantar semula, tak pasal2 diherdik oleh si penjual, maklum le sekarang ini bulan Ramadhan & kepenatan melayan klien yang begitu ramai (sedangkan pada hari2 biasapun kita kena berhati2, sebenarnya ramai yang fobia dengan sikap si penjual daging ini...).
Paling utama, cuma dia seorang jer si penjual daging segar di pasar ini, pastinya kena jual mahal beb, setakat nak dengar aduan pelanggan semata2, xmo dilayannya, ada dia kisah...
Nasib badan le, nak pergi hantar semula, tak pasal2 diherdik oleh si penjual, maklum le sekarang ini bulan Ramadhan & kepenatan melayan klien yang begitu ramai (sedangkan pada hari2 biasapun kita kena berhati2, sebenarnya ramai yang fobia dengan sikap si penjual daging ini...).
Paling utama, cuma dia seorang jer si penjual daging segar di pasar ini, pastinya kena jual mahal beb, setakat nak dengar aduan pelanggan semata2, xmo dilayannya, ada dia kisah...









11 ulasan:
Alahai kesiannya... kalau saya pun mmg frust sgt.. makan hati tiap2 hari la Nampak gayanya... cuba goring kunyit kak tini, sedap... kalau dekat, boleh la passing hati tu kat saya, ekekekke
alahai kenapalah si penjual tak asingkan sebaiknya, boleh bak tukar tu kak, kalau dia marah, kita cakap baik2, dahla akak sekeluarga tak makan hati tu
kalau syuk patah balik je. tuntut balik ape yang kita nak. kuasa pengguna. :)
akak pakat sedekah2 ke, cadang aje...
mesti ralat, mahalnya, habis tuu, hati lembu tu nak buat apa, masak sedekah kat org jelah,,, anggap tak ada rezeki dan dan sedekah sajalah,,huhu
Kesiannya kak....
dah laa mahal beli semua tu...
Hati dgn tulang dah RM104? Mahalnya...
Kalau campur daging tu boleh tahan jugakkan UA....Habis tu macamana tu?
Siannya akak..
Benda nak jadi, kan? Kalau nak dijadikan sebab, macam macam boleh berlaku ni.. Abis masak apa hati tu?
tak berbaloi tu kak.nape tak pergi balik .sayang la
dh la tak makan kan
isk smp macam tu sekali.takde salahnya klu nak tukar,bukan kita mitak duit balik.sabo jer la..rugi la klu cmtu
Alahai sian kak Tini..tak da rezeki nak makan daging..
Catat Ulasan