Ahad, 28 Julai 2013

Ahad, 28 Julai 2013

Ramadhan ke 19

Pejam celik pejam celik kita sudahpun masuk Ramadhan ke 19, nampak gayanya beberapa hari lagi kita akan menyambut Syawal, alhamdulillah persiapan raya sudah 80%, cuma tinggal kuih2 raya & songkok buat 2 beradik itu.

Menu sahur kami, seperti biasa saya akan menyediakan hidangan nasi dan lauknya pagi ini - 'Ayam masak Gulai Darat' & baki kepak ayam Pizza Hut, petang semalam kami berbuka di Pizza Hut bagi memenuhi permintaan anak2, lagipun sepetang berada di luar daerah bagi melawat jiran kami di hospital serta membeli persiapan raya buat famili.

Mengenai perkembangan semasa jiran kami, 2 beranak telah berpisah tempat rawatan di mana bapanya telah dipindahkan ke HUKM, Kuala Lumpur (keadaan kritikal..) dengan segera manakala si anak yang baru selesai menjalani pembedahan tulang rahang kekal di hospital itu. 

Kisah kemalangan ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi pantai timur semalam, tengok pic kereta, memang remuk teruk kerana telah terlanggar belakang lori bijih besi dan Mingguan Malaysia hari ini m/s 19 (laporan tidak tepat - "'Mangsa' & dua rakan cedera",  sebetulnya 'mangsa' & anak perempuan serta rakan anaknya cedera).

Sedih sangat apabila mereka terpaksa berpisah jauh, si ibu menemani bapa jauh di sana manakala anak di jaga oleh kakak & ibu saudara di negeri ini. Marilah kita sama2 doakan moga mereka kembali pulih seperti sediakala sempena syawal bakal menjelma, aamiin..

Nota: Aiyaaaaaaaaaa kasut raya Alya sudah dibuat basahan, nampak gayanya kena beli len....

12 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Kesiannya keluarga yang terlibat kemalangan tu.. Dua tempat pula nak ulang alik jaga orang sakit, mencabar tu..

bestlah macam tu, tunggu raya jelah ni nampaknya..

Puan Kutu berkata...

wah makan piza.sedapnya!pastu balik dari berbuka mesti lapo balik..klu sy la.mkn byk..hehe

sy terima pendapat akk,tp afia sy bg pakai sudu pun dia tak nak.sy tak rasa klu bg pakai cup boleh.dia tak nak menyusu cara selain direct.mmg dh takde alternatif lain dah.hari ni Alhamdulillah pujuk2 hisap jugak dlm 1.5 aunz.tgh tido tu satg tgharie sy bg sekali lg botol pastu terus direct.lgpun sy keje smp pukul 1 je.nak ajar bg dia biasakan..harapnya berhasil la..:)

btw tq ye atas nasihatnya..semua org syg anak.sy pun tak berapa sanggup tp cuba keringkan hati walaupun sebenarnya tak berapa nak kering..

Ein Makrai... berkata...

sekejap masa berlalu..ini pun ein terbabas waktu sahur...kesian anak2....terjaga 6.45 pagi...

Unknown berkata...

itu semua dugaan kak umi. keep the faith. :)

MulutPayau berkata...

Simpati dgn keluarga yg terlibat...semoga mereka cepat sembuh...

Pandai alya ya...lepas ni dapat kasut baru lagi..hihihi

eita berkata...

memang sedih kan....tragedi kat nak raya...




alya tak sabar nak beraya lah tu...

lia berkata...

tentu hati ibu tu serba salah kerana terpaksa teman suami, anak pulak jauh... hurmmmm...

kurus berkata...

sekejap je masa berlalu kan kak ..

huhu sedihnyee dgr berita kemalangan bulan2 puasa nie huhu

mieya berkata...

Persiapan raya bagi Mieya sekeluarga agak slow sikit tahun ni. Kuih pon baru siap 3-4 jenis. Tak macam selalu, siapkan semuanya dua minggu lebih awal. Entahlah, macam takde feel nak raya pulak.

intanfirdaus247 berkata...

simpati dengan mangsa yang terlibat…semoga cepat2 sembuh…

OKje berkata...

Tak perasan kat paper tu...yg mana lagi pun tak baca paper hehe...baca lompat lompat...
Moga keluarga itu cepat sembuh...dugaan ramadhan buat mereka...

Cikrosecute berkata...

turut simpati...semoga cepat2 sembuh...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang