Alhamdulillah kita sudahpun masuk Ramadhan ke 21, kejap jerkan? tapi itulah makin lama makin lemau, orang lain sibuk buat persiapan raya, pantang punyai masa terluang, terus berbaking tapi saya? masih belum punyai semangat nak berbaking (barang2 untuk berbakingpun belum dibeli lagi..) walaupun diasak dek anak2 dari masa ke semasa.
Mungkin sehari dua sebelum raya & sepanjang syawal kot barulah berbaking sebab saya lebih suka hidangkan kuih muih yang baru buat tetamu, lagipun bukannya ramaipun ke mari KECUALI budak2 di kawasan sekitarnya untuk beraya.
Buat mereka saya lebih suka sediakan menu berat yang sentiasa menjadi pilihan, biasanya mereka akan bagitau awal jika nak beraya & order jer menu kesukaan mereka (ala2 order kat restoran gitu..) sebabnya jika datang mengejut, makan ajerlah apa yang ada di atas meja itu selain dapat duit raya seciput.. (tuan rumah punya kedekut, itupun mau kirakah?...)

Tambahan pula selepas solat raya, kami akan bertolak balik ke kampung selama beberapa hari untuk beraya bersama sanak saudara, rasanya di awal Syawal tak perlulah punyai kuih muih yang banyak, sebagai buah tangan buat adik beradik, in shaa allah tidak akan dilupakan, adalah sesuatu buat mereka tapi "rasanya untuk tahun ini, tiada kot hasil air tangan adik bongsu & ipar duai kalian ini seperti selalu, maklum le hingga kini, keadaanku LEMAU selemaunya" tapi kadang2 ia diluar jangkaan, bila mood mari, semua menjadi, rela tak tidur sepanjang malam.
Selera makan kami juga makin kurang, saban hari pasti kena fikirkan menu kegemaran famili, kalau tak, idok le pepagi buta masak bihun soto kegemaran anak bujang (licin dikerjakannya..) & untuk menu berbuka nanti sudahpun ada di dalam minda ini - laksa asam feveret kami kaum hawa, disamping itu WAJIB masak nasi untuk hubby (selera kampung daa..) & anak bujang seorang. Apabila nasi, automatiknya kena fikirkan lauk yang sesuai, setakat ini belum ada idea lagi, saat2 sebeginilah amat memerlukan Perunding Menu.. sebagai penyelesaiannya (kalau nak tau siapa dia Perunding Menu, klik2 jer..)
Nota: Rasanya tahun ini duit rayapun tak dapat tukar, semasa ke BSN semalam, ramainya orang, terus tak jadi, tak kuasa nak beratur panjang2, nampak gayanya gunalah mana2 duit yang ada, suramnya helaian RM selemau tuannya...
Kemaskini: Jap lagi nak singgah kat PBB tunaikan cek, mana tau kaunter penukaran tak sibuk, boleh le terus tukar duit raya - alhamdulillah dapat le tukar RM500, tengok dalam laci kat umah, masih banyak lagi baki raya tahun lepas beserta sampul duit, boleh le top up mana2 yang tak cukup..

12 ulasan:
salam ramadhan # 21
m3h pun lum buat persediaan ape2 lg..tggu last minit baru best..hehe
Alaaaa kak, knpa jadi macam ni..?? Harap2 yg lemau tu akan bertukar jadi rangup ya...
Saya pun selalu pening bila pikir pasal menu ni...
kawan sy yg kerja d bank bgtau, tahun ni mmg tukaran duit raya d potong... x sebanyak thn2 lepas...
Tapi kalau rumah kakak pun mesti tiap hari nak ada nasi. Kakak rasa kalau dah makan nasi baru puas...
10 yg terakhir,,
cik p dtg pula,,
so cergas je hari ni mula operasi mengemas walau raya nnt blk kg
hahaha
samalah belum berbiskut raya
baju mia pun belum beli,,
huhu
meriahkan 10 malam terakhir kak :D
Sy pun lemau sikit thun .. Kudrat yg terhad.. Huhu
yuhuuuuuu....Perunding menu malam malam....tak senonoh dah masuk Isyak masik duk mengadap blog hehe.... (sat je ni...)
Lemau lemau dia pun boleh masak pagi sepertiga malam bihoon soto...Pergh!! lemau apa ke bendanya tu.... Kalau Okje yelah...ni baru lemau namanya sahur pun panaskan lauk buka hehe kalau masak pun drummet segera haha.....
Psst....Perunding menu pun dah naik lemau ni hehe...
Takpe kak.. Yang penting hari raya dapat disambut bersama sama ahli keluarga yang ada.
Kami hari2 nasi kat rumah. Mmg kalau idea dtg, smgt masak. Bila ramai2 mudah dtg idea
sama ler gan izan cik 'p' datang...salam ramadhan..
sama la macam sy,taun ni mood lemau.haha
Catat Ulasan