Tanpa disedari, hari ini sudah masuk Ramadhan ke 4, syukur kerana dapat lalui puasa kali ini tanpa sebarang rintangan, rasa letih mahupun lapar, sedar2 masa berlalu begitu pantas.
Alhamdulillah sehingga kini masih mampu menyediakan juadah berbuka dan bersahur, belum terfikir untuk menjenguh 'PARAM', maklum le diri ini mudah tergoda, tak pasal2 membeli melebihi keperluan.
Awal2 pagi anak bujang keluar membeli 2 ekor ayam (potong 4) di pusat sembelihan, saya tidak gemar membeli ayam di pasar2 basah sebab ia tidak sesegar di sana, niat di hati untuk membuat ikan & ayam percik dan sebahagian akan di panggang ala2 ayam BBQ, boleh le anak bujang meratah selepas balik dari solat terawih nanti, lagipun esok dah nak balik ke asrama serta perapan selebihnya boleh dibakar menggunakan pemanggang ajaib sebagai menu sewaktu bersahur.
Baru siap perapkan ayam, biar terasa bahan perapannya, selepas jam 5 nanti barulah nyalakan api untuk proses membakar ayam.
Pelikkan?? pada hari2 lain, saya memasak seringkas mungkin tapi masuk jer Ramadhan, macam2 idea timbul, asah kembali bakat memasak sebagaimana yang dibanggakan oleh arwah mak (kalau arwah tidak puji anak bongsunya, siapa lagi yang nak puji, huhuhu) contohnya petang semalam, saya membuat kerabu mangga ala thai, kiranya menu ringkas yang amat liat untuk saya buat pada hari2 biasa.
Salah satu sebab yang membuatkan saya lebih suka menyediakan masakan sendiri kerana PERNAH membeli:-
- Beberapa ketul kepak ayam goreng tapi dipenuhi dek bulu2 ayam, jika bulu2 halus kiranya boleh dimaafkan.
- Ikan percik (mungkin ikan lama & disimpan diluar peti ais), baru jer masuk ke mulut, terus diluahkan keluar, cuba bagi kepada kucing tapi kucingpun hampir2 nak m****h.
- Lauk pauk yang telah dipanaskan semula dan basi
- Makanan tawar, xder sebarang rasa, mungkin nak jimatkan kos & lebih menguntungkan.
- Makanan terlampau masin.
- Lauk pauk terlebih manis (meskipun saya asalnya Pantai Timur tapi selera orang2 kebanyakan..)
- Harganya MAHAL (sesekali perlu gak bersikap tangkai jering...)
Pastinya menyediakan makanan sendiri lebih terjamin tahap kebersihan.









9 ulasan:
Kalau cengginilah anak anak mesti harap Ramadhan sepanjang tahun UA hehe
Ohh anak bongsu rupanya.....
Mcm okje, masak biasa biasa je UA, nk cepat dan senang hehe so far belum gi PARAM lg tuk beli lauk kecuali kuih le
Kalau dah beli mmg itulah yg harus kita hadapikan...
bila beli mata kena fokus habis :)
Betul, saya pun jarang ke param sebab alasan yg sama dgn akak. Lagipun malas nak bersesak kat tmpt org ramai dgn anak kecil2... Sian nazif sesak dgn asap bila lalu kat tempat jual benda bakar.
itu yg terbaik kak :)
selamat berpuasa
UmiAlya
Wah ...ibu2 mesti sibuk siang dan malam memastikan segala agenda Ramadhan berjalan lancar.
Pemanggang Ajaib memang ajaib. Saya dah menjualnya beberapa kotak, tapi saya belum membelikan utk isteri saya. Mungkin saya suami yg kedekut.
betul kak
sempat atau tidak lebih baik masak .. dari beli sakit ati .. kita jadi banyak duit kuar , x sedapp kita dah berkata2 .. dosa .. huhu
lebih baik masak walau x banyak , janji puas hati
saya baru sekali ke param kakk .. 1st day aritu .. smpai skrg huyhu
suami rimas katanya .. so dia x gi saya x gi gak .. rasa jimat lak ekek
setakat ni ita msih membeli lagi...
2 hri pose terlantar sakit..
xleh bangun xleh duduk...
allah aje yang tau sakit tu
sy pun hari2 msk.tp kuih tu beli gak la..takde masa nk buat dh asik berperang dengan baby..:)
Buat sendiri Lagi puas hati...
Catat Ulasan