Khamis, 18 Julai 2013

Khamis, 18 Julai 2013

Luahan Hati Dayana

Umum mengetahui mengenai pernikahan kali kedua Ashraf Muslim bersama pasangannya di Thailand, urmm tak reti nak komen, mungkin jodoh mereka tapi sebagai kaum wanita, pasti terdetik juga rasa di hati, apa2pun moga kebahgiaan tetap bersama Ashraf dan isteri2nya.


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana

Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat

Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia

Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab

Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia

Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah

Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah

Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Terkini..

Lorrrrrr cenggini lak kisahnya, tertipah tertipu sudaaa.. :(

12 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Tumpang sdih dengan nasib rakan kita ni.. berat lagi bahu dia memikul dugaan ni.. Semoga diberikan ketabahan buat dayana....

Unknown berkata...

bersabarlah isteri pertama asyraf..

Unknown berkata...

sedeynye bace luahan ati die...

ajumohit berkata...

siannya dayana, moga kesabaran dan ketabahannya menjadikan dirinya lebih kuat utk menempuhi hari mendatang

eita berkata...

baru hari ni dapat singgah..macam lama je rasa berehat..hehehhe..


tu lah kata...memang terasa hati sangat kalau suami buat macam ni kan

Unknown berkata...

maaf.. saya jadik emo bila baca puisi ini kak.. sebab sy x dapat bayangkan kalo saya kat tempat dr Dayana..:(

Tanpa Nama berkata...

salam..harap bersabarlah dayana....tak tahulah kalau saya ditempatnya macam mana.....hmmm..lelaki oh lelaki...

mieya berkata...

Kesian kat dia. Semoga beliau dikurniakan kesabaran yang tinggi, lagi-lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini

CeqGu berkata...

hurmmm sekali baca memang la akan pk dayana yg tulis.

OKje berkata...

Tak pelah bagi pihak Dayanalah tu kiranya....
Hanya mereka yg tahu mengapakan dan sebabya....

Puan Kutu berkata...

dah agak dah..org lain yg buat puisi ni.apa pun sebagai perempuan mmg terasa kt hati kita2 nie

kurus berkata...

tu lah macam2 skrg nie

kira ambil kesempatan lah nie

x pasal2 nama ana hawana naik ekeke ;)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang