Jumaat, 12 Julai 2013

Jumaat, 12 Julai 2013

Entri khas buat Aisy Nasiha

Bagi menjawab persoalan Aisy Nasiha, sebenarnya saya xderpun sebarang petua untuk melatih anak2 supaya mandi terlebih dahulu sebelum bersahur.

Pengalaman dulu semasa anak dara dijadikan panduan sebab saya seorang yang 'liat' nak bangun pagi apatah lagi bersahur, "ishhhhhhhhhh xder selera...", biarpun berpuluh kali arwah mak ketuk pintu bilik, merayu2 agar bangun bersahur tapi saya tetap berdiam diri, rela membatu & menyepi seribu bahasa, anak bongsu memang degilkan!!!!! ("sekali ingat kesian arwah mak, memasak awal pagi tapi memasing2 xmo bangun bersahur, sedihkan.".)

Cuba bayangkan, rumah kayu yang terletak di kawasan kampung mesti berkeadaan sejuk hingga ke tulang hitam, jika bangun cuci muka cuma, pastinya xder selera nak makan, arwah masak le sesedap manapun, tidur juga pilihanku.

Arwah abang no. 2 yang tinggal bersebelahan rumah sering ke bertandang pada waktu sahur melaungkan nada2 sinis "Orang siam ke xmo bangun sahur?"

Nak mandi awal pagi, rasanya tak sanggup dengan air sejuk bak ais, jika nak masak air panas untuk dijadikan air mandian, pastinya kena marah, membazirkan gas jer..

Apabila sudah bekeluarga dan tinggal jauh dari famili, nak tak nak terpaksalah bangun awal pagi untuk memasak dan bagi memastikan anak2 berselera untuk bersahur, saya galakkan diorang mandi terlebih dahulu, lagipun sekarang ini senang, pemanas airkan ada, tidaklah mereka takut dengan air meskipun di awal2 pagi.

Semasa anak kecil2 dulu, selesai jer masak terus kejutkan mereka perlahan2, kemudian dibawa ke bilik air untuk mandikan mereka dengan air suam (semasa belum punyai pemanas air, perlu memasak air terlebih dahulu untuk dijadikan air mandian).

Jadi sekarang ini sebaik jer bangun tidur, memasing akan meluru ke bilik air untuk mandi sebelum ke meja makan bersahur.

6 ulasan:

Cik Rose berkata...

bagus ye macam tu.. barulah segar nak bersahur.. budak2 memang akan mengantuk time sahur.. lagi sayang tidur dari nak makan...

lia berkata...

nak try buat pada Amsyar la... skng ni sahur, ala kadar sgt dia makan...

Aisy Nasiha berkata...

wah, terkejut saya tgk tajuk entry akak di side bar tadi. ingatkan apalah, jadi senarai wanted ke?

lega bila baca ni... betul juga kata akak, kalau mandi dah tentu segar badan untuk bersahur. mmg patutla anak anak akan makan bila masa sahur. boleh juga praktikkan untuk naim yg mmg liat kalau nak dimandikan awal pagi.. nampak bilik aur pun dia dah meraung raung, berdrama bagai..


thanks kak.. mmg berguna tips ni.

Puan Kutu berkata...

aiman pagi2 pun kemain ssh nak mandi,sebelum sahur mmg tak la..rasanya lg ssh nk suruh dia mandi dr kejutkan dia bgun sahur.hehe

petua ni mungkin berguna utk anak yg tak malas mandi macam aiman.haha

OKje berkata...

Tulah.... Bab tu mmg respect dgn UA membelah boleh didik anak mandi awal pagi! Diaorg tak tidur balik ke UA? Tp kalau mandi dulu mmg segar kan!

QasehnyaRania berkata...

sama la mcm saya dulu.ke main liat nak bgun. terutamanya arwaha adik no2 tu. kenangan semua tu kan.

skrg dah bersuami kena juga gagahkan diri bangun.hihi

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang