Rupa2nya kami sudah punyai anak dara & anak bujang yang sedang membesar, sessi membeli persiapan raya beberapa hari lepas & siang tadi membongkar segalanya.
Saiz baju kurung moden si ibu - 38 manakala anak dara - 34, sikit sangat perbezaannya, ketinggian yang hampir2 sama di antara kami berdua, sekejap jer masa berlalu, ia menandakan usia si ibu makin meningkat... kemaskini 30/07/13: kasut raya sama saiz daa iaitu 5, nampak gaya.. kasutku kasutmu jua..
Saiz baju melayu si bapa - L (Sib bek xder saiz XL @ XXL, kalu idok diambil yang besar gedabak, makin le nampak gomoknya lakiku, bab2 berpakaian ini dia memang GAGAL), anak sulung - S & si adik XS. Sedondon 3 beranak, senang citer..

Nota: Tiba2 menerima panggilan kecemasan dari talian rasmi menandakan alarm pejabat berbunyi lantang, sib baik telefon depan mata, terus angkat & ikut arahan untuk mematikan alarm dari jarak jauh, kemudian hubungi pihak hotel yang merupakan jiran rasmi kami bagi memantau keadaan pejabat, alhamdulillah tiada apa yang berlaku, mungkin tiupan angin yang agak kuat kot..