Akhirnya kami mengambil keputusan ke Kuantan, selain membuat persiapan terakhir raya, perancangan utama ialah berbuka puasa di luar, yalah sebagai menghargai anak2 yang berpuasa penuh.
Tempat membeli belah pertama yang kami singgah ialah East Coast Mall, Kuantan, setelah puas meronda di dalam itu, akhirnya cuma dapat untuk si kakak sahaja, susah gak ye nak cari baju kurung yang sama tema dengan kami semua.
Tempat membeli belah pertama yang kami singgah ialah East Coast Mall, Kuantan, setelah puas meronda di dalam itu, akhirnya cuma dapat untuk si kakak sahaja, susah gak ye nak cari baju kurung yang sama tema dengan kami semua.
Hampir jam 5 petang, kami keluar dari East Coast Mall dan 'booking' juadah berbuka puasa di Satay Zul, Kuantan (hasil perbincangan kami anak beranak walau pada mulanya ingin ke Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur tetapi akhirnya kami akur dengan permintaan anak2).
Selepas itu kami ke Berjaya Megamall Kuantan, habis berpusing satu shopping complex, akhirnya ketemu juga baju untuk Alya walaupun temanya agak berbeza, hurmmm kami 5 beranak berwarna Coklat Tua tetapi Alya cuma dapat Kebaya berwarna Coklat Muda, ok le sekurang2nya warna coklat jugakan..
Cantik tak baju raya Alya?, sudahpun melaram sepanjang hari semalam..
Rentetan dari Entri Kelmarin, nampaknya tiada siapa yang dapat meneka dengan tepat, kebanyakan teman2 meneka kami ke Sogo & Jalan Tar, Kuala Lumpur.
Sememangnya sebelum ini kami gemar ke sana tapi disebabkan pada hujung bulan lepas kami sudahpun pergi dengan melalui 'traffic jammed' yang teruk, maka kali ini kami beralih arah ke Kuantan pula walaupun ia ambil masa yang lebih lama untuk sampai ke destinasi.
Sememangnya sebelum ini kami gemar ke sana tapi disebabkan pada hujung bulan lepas kami sudahpun pergi dengan melalui 'traffic jammed' yang teruk, maka kali ini kami beralih arah ke Kuantan pula walaupun ia ambil masa yang lebih lama untuk sampai ke destinasi.
Walaupun tiada teman2 yang dapat meneka dengan tepat, rasanya tetap nak berikan duit raya buat si kecil terhadap 3 orang pemenang bertuah melalui pemilihan menggunakan sistem En. Random, ia sebagai menghargai kalian yang tidak jemu2 berikan sokongan terhadap blog ini, tanpa anda semua laman ini tentunya sunyi sepi (kiranya blog syok sendiri, hihihi).
Buat mereka yang sudi meninggalkan komen serta meneka pada entri - 'MISI DITERUSKAN' iaitu:-
- Mama Isha aka Ieedaz
- Aimmie Qistina
- Izan Mama Mia
- Lia
- Ieda
- MulutPayau
- Lyafrina
- Kasih Salina
- Izz Izza
- eita
- ummi iman
Terima kasih diucapkan, gembira dapat berkenalan dengan kalian semua meskipun di alam maya cuma.
Maka dengan ini diumumkan 3 orang pemenang bertuah untuk menerima duit raya buat si kecil masing2 iaitu:-
Maka dengan ini diumumkan 3 orang pemenang bertuah untuk menerima duit raya buat si kecil masing2 iaitu:-
7. Lyafrina
Buat kalian bertiga, sila emailkan alamat, no telefon & nama anak masing2 ke umialeeya@gmail.com, jika boleh nak cepat sikit ye, Insya Allah petang nanti pos (xmo bank in, tak seronok...).
Buat teman2 yang lain, sila hantar juga nama & alamat ke alamat email di atas bagi penghantaran kad raya.. (sempat lagi kot....) Insya Allah... ader rezeki kita main teka2 lagi ya, sayang semua!!!!












11 ulasan:
Salah pun dpt hadiah juga ya :) baiknya kak tini ni. Alhamdulillah ada rezeki walau org terakhir ;) rezeki Imanlah tu :)
Nanti saya Email ya. Terima kasih byk2.
Comel je alya.. Kebaya lg tu.. ;)
Jawapan tu mmg tak tahulah, maklum bukan org Pahang ;) tp ada logo Parkson di situ ;)
xde yg teka tepat pon dpt adiah.. bagus nyer...
tahniah wat yg menang ;)
jawapan hari tu mmg jauh tersimpang..haha..
apepun tahniah pd yg dapat duit raye tu!! :)
ena bru datang arini..
Tahniah wat pemenang..
comel sungguh alya berbaju raya.. siap tudung lagi hah.. hehe
tahniah semua
saya teka salah koot
ke saya x teka ape2 .. adehhh pelupa betul saya nie ekeke ';)
baik betul kak tini ni...
nanti mi bg address ye..muaah!!
tahniah buat mereka bertiga..ler, jauh bebenor sasarannya tu..hihi..
dapat kad raya lagi..bestnya..kalau dpt duit raya tu sekali lagi..lagi best..hehe
wah ade je rezeki ramadhan utk semue orng..
p/s: alya tak tahan tu tunjuk 1 malaysia..bijak2.. ;)
Wahhh bestnyer..
Tahniah buat semua ye :)
Ruginya tak dan nk meneka...hehe, dah bukannye rezeki kan... K tini (tak tau sapa senior sapa junior) menetap di kuantan ke..?
Catat Ulasan