Ahad, 29 Julai 2012

Ahad, 29 Julai 2012

penuhi hasrat si comel

Sudah lama tak ambil pic Alya, selepas berbuka tadi, tika sedang sibuk mengemas dan mencuci pinggan mangkuk di dapur, si Alya pula bising minta ambilkan gambarnya ketika dia mencuba kasut raya, itulah anak2, apabila dapat sesuatu yang baru, mulalah melaram sakan lagi2 anak perempuan.

Kasut raya yang dibeli hasil rembatanku di  Sogo semalam, ini merupakan kasut raya yang kedua, sebenarnya sebelum raya, kami sudahpun membeli sepasang kasut tetapi telah dibuat basahan, justeru itu kena beli lain, minta2 ia bertahan hingga ke hari raya.

Sepanjang hari ini dia cuba pakai berulangkali manakala stokinnya merupakan koleksi Alya yang lama, stok baru telah di simpan walaupun pada awal paginya dia minta pakaikan stokin baru tapi nasib baik dia faham setelah dijelaskan bahawa stokin itu perlu di simpan untuk pagi raya.

Baju2 raya pula awal2 lagi daku simpan di tempat tersorok, itupun selepas sepasang baju baru sempat dipakai dek Alya siang tadi.
zoom sikit..

Cantik tak kasut Alya?

Perjumpaan tanpa dirancang,  ketemu 2 orang anak saudara bersama famili masing2 di Sogo semalam padahalnya kami tidak berhubung. Kiranya ia boleh dijadikan sebagai majlis berbuka puasa kami anak beranak, huhuhu

Nota: Masih tercari2 (penambahan) sepasang baju kurung berwarna coklat buat si Alya dan kakaknya, sudah puas Jalan TAR & Sogo dijelajah semalam tapi masih belum ketemu yang berpadanan dengan saiz dan jenis kainnya. Jika adapun  dapat kain & patern yang tidak sesuai, ada sesiapa yang boleh bantu?

Mungkin minggu depan misi mencari baju raya diteruskan, 10% lagi belum siap.

20 ulasan:

MulutPayau berkata...

cantik kasut alya...kasut dan baju bdk2 prmpuan mmng cantik..kita yg rambang mata dibuatnya...
Harap2 jumpa baju alya dan kakaknya....sempat cari lagi tu...raya lambat lagi....

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Thn2 lepas gigih shoping sana sini semata2 nak dpt yg sedondon dgn suami dan anak2. Saya thn ni betul2 buat hati kering pasal baju raya. Pakai je mana yg ada.. Tp x tahulah kalau hati tu basah pulak nanti. Hehehe..

Cik Nor berkata...

pandai alya nak melaram mintak diambik gambar, tau je dia gambarnya nak di up di blog uminya, hehe

nurbijen berkata...

cantik kasut alya, alya pun dah pandai bergaya dan ambil gambar utk letak dlm blog

Madam iEeDaZ berkata...

Comel nye kasut alya...
Tgl 10% je ye kak, wah byk dh prepare tu...
Sy ni masih 0% huhhuhuu... tak siap ape2 lg...

Ruse Sulaiman berkata...

Cantik kasut alya. Saya cr dekat2 je tahun ni. Berat nk ke KL. Takut bersesak2.

Cubalah tengok di Jusco. Mentang2lah Shopping kat Jusco ;) saya suka sebab senang nak cari sama warna antara anak dan ayah :) jahitan pun kemas.

lia berkata...

alololoooo comey nyer kasut raya anak dara ni...

Aimmie Qistina berkata...

rajinnya akak berjalan ke sogo ngan jalan tar lagi..saya start dapat yana langsung x gi sana..

kurus berkata...

seronoknyee kak
kebetulan pulak leh jumpe sedara kan kak ;)

Umialya berkata...

MP..
sbnrnya baju2 raya sedondon kami 3 beranak sdg d tmpah, tiba2 akak terbeli baju kurung yg udah siap kaler coklat, itu le ingat pakai nnt biarlah sama kami anak beranak

Umialya berkata...

ZNA
hihihi

Cik Nor..
mmgpun, selalunya kalu akak ada masukkan gmbrnya dlm entri, panggil dia ntuk tgok..

Nur..
itulah Alya skrg tp akak agak kecewa sbb tiba2 gmbr x gitu clear (mb kena beli kamera baru kot!!)

ieedaz..
kami ni isi rumah ramai, kena beli berperingkat2, itupun setiap kali shoping nak tak nak TERPAKSA perabih lebih RM1k, "botak ummi", hurmmmmm

Umialya berkata...

Ummi Iman
Jusco? kt maner ek..

Lia
rambang mata, hihihi

Mie..
terpaksa sbb kt sini tak byk pilihan

Ieda
itulah, kebetulan pulak tu

IntaNBerliaN berkata...

cantiklah.. ni yg xsabar nak g beli gak ni.. nak tgk alisha pakai lak.. yela, baju budak2 pempuan kan semua cantik2.. kita yg tgk ni geram.. hihi

fieda berkata...

olo tomeynyer kasut alya..

LYAfrina berkata...

wa..comel kasut raya dia..lya blum beli lg kasut asya.

izz iizza berkata...

jauhnya kak tini gi shopping..kak tini duk pahnag kan..

cantik kasut alya tu..x sabar dh dia nk pakai ya..:)

Umialya berkata...

IB
betul tu, pakaian kanak2 perempuan mmg cantik..

fieda..
hihihi

lya..
xper, nnt masa g ktan nnt bleh beli ntuk asya

izz iiza
rasanya dekat je, bleh balik ari.. (alasan semata2, hihihi)

IntaNBerliaN berkata...

singgah :-)

Imaan09 berkata...

amboiii budak tu pakai kasut raya dah..

Umialya berkata...

IB
tk

Imaan aka lea
hari2 dok pakai tp dlm umah jelah, gamaknya yg ni brkenan sgt kot!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang