Terharunya hari ini menerima 2 bungkusan hadiah daripada rakan2 blogger, pertamanya kiriman Azatie berupa sehelai kain sarung aka batik halus Langkawi (siap berjahit..) dan keychain Penang, cantik sgt2, sebenarnya atie poskan agak lama dah tapi di atas sedikit kesilapan, ia ambil masa untuk sampai ke destinasi. Terima kasih buat Ummu Muhammad kerana susah payah poskan kembali ke sini..
Kiriman kedua berupa hadiah untuk Alya sempena bakal menyambut hari jadinya yang ketiga iaitu pada 24 Ogos akan datang (sebulan lagi..) pemberian Ayu iaitu 1 set gelang tangan & rantai mutiara, cantik sangat2, boleh dipadankan baju kurung hijau yang sedang ditempah, ia juga disertakan dengan kuih raya, keropok ketam dan sebotol cincalok, akak suka sangat, maaf ye kuih muih itu tak sempat nak bawa balik rumahpun, masuk je ke dalam kereta terus dikerjakan dek Alya, maklumlan sedap, pandai ayu buat kuih...
Buat kalian bertiga, terima kasih diucapkan, moga persahabatan kita terjalin jua meskipun di alam maya cuma..









7 ulasan:
Memang seronokkan kalau dapat hadiah drpda rakan2 blogger...
Bestnye dpt hadiah kan!:-)
Seronok juga jika dpt. Rakan blogger mmg baik2 semuanya ;)
Alhmdlh dpt kawan2 blogger yg baek2 hati kan...
alhamdulillahhh dpt kawan blogger yg baik2 kan ;)
mmg best dapat hadiah kan kak..
salam ummi alya.Alhamdulilah,dah slmt sampai & atie br nk tinggalkn komen
Maaf ya...
Catat Ulasan