si kecil kebal dek 'saman', hampir2 masuk waktu berbuka, sibuk dia menayang makanan di depan abang & kakak, sabar ajelah...
Hari ini genap usia Alya 2 tahun 11 bulan, besar sudah anak ummi ye, kadang2 keletahnya mencuit hati, penat lelah tak terasa di kala membesarkan dia, lagipun Alya tidak punyai banyak masalah, jika demampun cuma sesekali & ambil masa yang singkat., Ya Allah.. aku panjatkan syukur padaMu..
Semasa rehat sejam semalam, sempat balik ke rumah untuk menyediakan barangan keperluan berbuka puasa, sesudah itu bertukar pakaian, ketika Alya melihatku bertukar ke pakaian kerja terus dia merayu2:
Alya: "Ummi jangan tinggalkan adik..."
Daku: " Ummi pergi kerjalah sayang.."
Alya: " Jangan, jangan tinggalkan adik, adik nak ummi.." menangis manja sambil berguling ke lantai, habis makanan yang dipegang jatuh berterabur.
Buat seketika kena pujuk dia perlahan2, gitulah jika punyai ibu bekerjaya, masa untuk anak2 amat terhad..
lain2 ayat yang terkeluar dari mulut comelnya, ala2 manja gitu..
"alaaaa adik nak makanlah, jangan kacau.."
" alaaaaaa adik dah mandi tadi.."
" nak jugak, ummi... kakak tak kasi.." tika dia mengadu padaku..
"kakak tak mandi ke, kakak buchukkkk.."









8 ulasan:
Nk masuk 3thn dh alya yer.. semakin bijak dan manja :-)
Bulan depan dah 3 tahun.
Mmg menghiburkan tgk telatah anak2
bijak2 ... alya ..
sekejap je dah masul 2 tahun kan kak .. ;))
keletahnya dia berkata2 yer.. comel je.. :-)
keletahnya dia berkata2 yer.. comel je.. :-)
keletahnya dia berkata2 yer.. comel je.. :-)
seronok kan layan karenah anak.. bulan depan boleh la celebrate 3rd birthday :), time raya ek kak tini?
pandai dh dia bercakap ya..:)
siannya bila terpaksa tinggalkan untuk gi kerja...:(
Catat Ulasan