Khamis, 23 Ogos 2012

Khamis, 23 Ogos 2012

Aidilfitri 2012

Aidilfitri kali ini disambut ala kadar aje, sebagaimana entri ini,  sehari sebelum raya, kami kehilangan seorang ahli keluarga secara mengejut.

Tiada gambar kenangan yang terakam sepanjang beberapa hari ini, maklumlah apabila berada di dalam keadaan urgent, banyak keperluan dilupakan, kamera tertinggal di rumah, kain baju dicampaknya terus ke dalam kereta, tak sempat nak 'packing' bagai, janji kami sampai ke destinasi tepat pada masanya.

Alhamdulillah lebih kurang jam 4 pagi tadi kami selamat kembali ke teratak ini, syukur kerana tiada 'traffic jammed' sepanjang perjalanan kami, badan masih lagi penat dan esok merupakan hari kelahiran Alya yang ketiga, justeru itu, perancangan kami untuk adakan 'open house' bersama majlis hari jadi dia, insya allah..

Alya, Nur dan 'Kak Long' - baru kehilangan 'papa' kesayangannya

8 ulasan:

Aimmie Qistina berkata...

Kak Long nampak tenang. Semoga dia kuat di masa depan. Al fatihah buat arwah bapanya. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

Umialya berkata...

Terima kasih Mie, Insya Allah..

Kak Long seorang anak yang cerdik dan matang jika dibanding ngan usianya

lia berkata...

Semoga kak long tabah sentiasa.... Amin..

eita berkata...

al fatihah..
semoga kak long tabah menghadapi ujian dari Allah..

@LeenShamsh berkata...

setiap yg dtg akan pergi.. ;)

p/s: nak serap RUH kekuatan kaklong ;)

kurus berkata...

sedih dengan berita2 kematian nie kan akk .. semoga keluarga arwah tabah hadapi ujian allh atas kehilangan arwah ..

alfatihah ..

izz iizza berkata...

semoga kak long akan sentiasa kuat bersama mamanya..

Al-fatihah..

Mak Wardah berkata...

Salam. Kak Long nampak tenang & auntie kak long sentiasa berjaya dalam hidup dan mamanya juga kuat. AL-FATIHAH

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang