Alhamdulillah kita sudahpun menghampiri penghujung Ramadhan & Syawal bakal menjelma, sana sini rakan2 blogger update status berkaitan persiapan hari raya, seronok membacanya.
Saya masih lagi lemau, tak tau kenapa? Mungkin Aidilfitri tahun ini jatuh pada 8 Ogos 2013 bermakna pada tarikh itu jugalah genapnya 15 tahun pemergian anakanda tercinta buat selamanya, tiba2 rindu seorang ibu membuak2 & kenangan bersama arwah pada saat2 akhir menerjah.
Saya percaya ramai di antara kita sedang beransur pulang ke kampung masing2, kami di sini lagi, maklum le saya masih bekerja pada hari melemang, itulah rutin setiap tahun - beri laluan kepada anak buah bercuti & membuat persiapan raya, in shaa allah selepas solat raya, kami akan melawat pusara anak sebelum balik ke kampung halaman sambil beraya, dengan erti kata lain, akan singgah ke rumah sanak saudara sepanjang perjalanan nanti.
Kebiasaannya pada hari raya kedua barulah bersama abang2 & kakak melawat pusara orang tua kami, maklum le mereka tunggu adik bongsunya untuk pergi bersama.
Pusara kedua2 mertua xder masalah sebab depan rumah pusaka jer..
Nota: Ogos dalam Kenangan
Pusara kedua2 mertua xder masalah sebab depan rumah pusaka jer..
Nota: Ogos dalam Kenangan









7 ulasan:
salam ramadhan # 27 kak..
Dalam kegembiraan mahu menyambut hari lebaran teringat detik-detik kasih terlerai memang sayu terasa. Beruntung jadi insan terpilih kerana dia telah menanti di ambang syurga
Selamat Hari Raya & maaf zahir dan batin dari kakak.
Memang betul tu kak..menghampiri Syawal, kenangan bersama orng2 tersayang yg telah tiada semakin membuak2....
Dah ramai yg mula bercuti..saya masih kerja lagi hari ni..esok barulah sekolah cuti....tak pe lah kak, yg penting hari raya tu kita cuti kan...
Mmg sedih bila tiba hari raya sbb rindu pd insan2 yg telah tiada...
Selamat hari raya maaf zahir & batin kak...
sedih pula membacanya kak ..
apa2 pun semoga hari raya akak lebih ceria dari sebelum2nya ye
selamat hari raya kak !
maaf lahir dan batin kak
alfatihah kak umi . dan selamat kembali ke kampung halaman. hati3 ye :)
Bila Raya dah tak de ibubapa mahu pun mertua, walaupun sedih tapi tak de benda yang nak dikejarkan kan UA... Tu yg boleh buat biskut lagi tu dah nak raya pun hehe
Catat Ulasan