Hari ini saya masih lagi bertugas 'DEMI KEWAJIPAN KEPADA NEGARA", cewahhhhhhhhhhh ayat tak menahan tu.
Bekerja seorang diri mengundang diri ini kepada risiko, maklum le kebanyakan pejabat swasta di sekeliling ini sudahpun bercuti awal bagi menyambut Syawal esok, nasib baik berjiran dengan hotel di mana 24 jam sentiasa beroperasi.
Kebiasaannya pada hari terakhir Ramadhan, pejabat akan sunyi sesunyinya dari pagi hinggalah kepetang tapi sejak awal2 lagi saya telah punyai tugasan yang perlu diselesaikan, in shaa allah akan disiapkan sepanjang hari ini, idok le terasa kesayuan berada 'diperantauan', jika arwah kedua orang tua masih ada dulu, masa inilah merupakan hari yang paling sibuk membantu mereka untuk meraikan Aidilfitri.
Anak2 masih mengharapkan sesuatu terhidang di atas meja kami pagi esok, jangan risau k, in shaa allah malam nanti kita berhempas pulas, pastinya kalian tetap terasa bahang Aidilfitri meskipun kebanyakan jiran tetangga sudah pulang ke kampung halaman memasing, cuma tinggal kami 2-3 buah rumah jer yang ada di sini.
Cuma buat kakak & abang2 di kampung, maaf sangat2, tahun ini tidak dapat hulurkan kuih muih hasil air tangan adik kalian seperti selalu tapi jangan risau, buah tangan sudahpun tersedia buat kalian semua, nak buat camnerkan, lemau tetap xmo pergi dari diri ini.
Buat teman2 alam maya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin..
Fakta: Baru perasan, kasut/sandal kami kaum hawa berjenama Vern's walaupun di beli lain2 tempat & waktunya, si ibu sandal biasa2 jer (RM39.90) bersaiz 5 (silap2 hari bulan pakai jer sandal BATA yang sudah usang), kasut raya anak dara bertumit 21/2 inci bersaiz 5 juga (RM 79.90) & kasut Alya bertumit 2 inci bersaiz 26 RM 49.90 (24jam dok pakai dalam rumah, seronok sangat dak kecik ni apabila impiannya punyai kasut bertumit tinggi seperti kakaknya menjadi kenyataan..), nampak gayanya si ibu lebih bersederhana berbanding anak2..









5 ulasan:
Kerja lagi ke kak...???
Semoga dipermudahkan segalanya...
selamat hari raya., maaf dipinta andai selama perkenalan ini ada yg mnyinggung hati tanpa disedari...
Mcm tajuk samarinda je hehe...
UA....yg penting anak anak bergaya, omak tak pe dah berpunya haha...
Masak apa esok....
hehe, selamat hari raya ye kak umi >.<
waaa...dasat r kak....
esok nak raya pun keje lagi...
ita lagi sadis kak...pakai selipar keje je...hahahha...
tak kuasa nak gi beli...
masih lg kerja..takpe kak tugas utk negara.haha sy tahun ni dpt beraya,dua tahun lepas mmg berkhidmat utk negara juga.hehe
Catat Ulasan