Memaparkan catatan dengan label Bukit Gambang Water PArk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukit Gambang Water PArk. Papar semua catatan

Ahad, 30 Mac 2014

Ahad, 30 Mac 2014

Perjalanan tanpa dirancang

Perjalanan kali ini dek anak bujang kami di mana dia & teman2 tekad untuk ke Bukit Gambang Water Park 3 hari 2 malam (puas dihalang tapi naluri anak muda, xmo dengar nasihat..), tentunya hati kami risau akan keselamatan dia,  lagipun baru jer dapat lesen kereta 2 bulan lepas.

Walaupun penat kami belum hilang lagi sekembalinya dari Cameron Highlands & RM banyak mengalir bak air lalu, demi keselamatan mereka dan kebetulannya saya masih bercuti rehat, maka kamipun join sekaki sebagai pemandu arah, perjalanan agak jauh dengan jarak hampir 250KM, jalan berliku & berbukit, paling dirisaukan cuma dia seorang yang punyai lesen memandu dikalangan mereka berlima.

Alhamdulillah perjalanan yang lancar, si bujang & rakan2nya  ikut belakang..

Tiba2 dapat panggilan dari dia, suhu kereta meningkat, rupa2nya air hampir kering sebab penutup tertanggal.

Keesokkan harinya sesudah sarapan, kami terus ke Bukit Gambang Water Park, harga tiket dewasa RM25.90 & kanak2 >90cm - 12 tahun RM 18.90.





Edisi bapa & anak




Tak terkejar nak ambil gambar anak2 yang lain, maklum le mereka hilang entah ke mana, sebenarnya banyak permainan disediakan di sini.

Pose terakhir Alya sebelum melangkah keluar dari BGWP

Setelah memastikan semuanya berkeadaan baik, akhirnya kami pulang ke destinasi manakala anak bujang serta rakan2nya  menyewa semalam lagi di sebuah hotel bajet di sana. 

Khamis, 7 Jun 2012

Khamis, 7 Jun 2012

Sepetang di Teluk Cempedak

Sebaik melangkah kaki ke pejabat jumaat lalu setelah menghabiskan cuti gantian selama 2 hari, terdapat sekeping memo untuk keluar daerah petang nanti bagi bertugas pada keesokkan harinya, apatah lagi kami mengambil kesempatan membawa anak2 bersama dan bermalam di sana.

Perancangan awal, jika tugasan tersebut siap awal, bolehlah bawa mereka ke Bukit Gambang Water Park, sebagaimana dijanjikan keesokkan harinya, selesai tugasan luar, terus bawa mereka ke sana, akan tetapi sayang seribu kali sayang, parking penuh dan difahamkan orang terlampau ramai daripada kebiasaannya.

Kami singgah juga untuk bergambar dan memang tak sanggup beratur panjang membeli tiket, itu baru kat kaunter, pastinya di bahagian dalamnya tiada langsung ruang untuk bermain.

paling kesian pada anak buah kami, niat asalnya untuk bawa  dia ke sini tapi tak kesampaian untuk masuk ke sana, bergambarpun jadilah..

Setelah ditimbang2 antara Melaka @ berpatah balik ke Kuantan (TC), akhirnya kami ambil keputusan untuk ke Teluk Cempedak, ok le, dapat jugak hiburkan hati mereka yang dah kecewa.








Teluk Cempedak pun Teluk Cempedaklah, janji anak gembira.

Memandangkan  masa bersama mereka amat terhad, semalam dan kelmarin balik hampir jam 10 malam sebab siapkan kerja2 rasmi sebelum bercuti gantian hari ini dan esok. Sampai je ke rumah, Alya merengek2:  "Ummi, jangan tingalkan adik...", siankan!!

Insya Allah sekejap lagi kami akan bertolak balik kampung untuk menghantar anak buah. Moga tiada kesesakan lalulintas sepanjang perjalanan pergi dan balik kami, amin.. DIBATALKAN.

ubah plan, hari ini pergi berkelah dulu, hihihi

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang