Si Abang dapat tunggang moto sendiri, kemain lagi pucat aje rupa tu tapi disebabkan oleh semangat yang kuat, digagahi juga untuk menghabiskan masa yang ditetapkan
Melihat si abangnya menunggang moto sendiri, Alya apatah lagi, diapun nak tunggang sama, sekejappun jadilah..
Apabila makanan sampai, aku tak sempatpun snap gambar makanan, maklumlah, Alya mula meragam.
errrmm, sempat menjamah semulut dua aje dan bawa dia pergi jalan-jalan, maklumlah lebih sejam jugak kami menunggu makanan disediakan.
errrmm, sempat menjamah semulut dua aje dan bawa dia pergi jalan-jalan, maklumlah lebih sejam jugak kami menunggu makanan disediakan.
Sesudah makan sekali lagi mereka berlari-lari ke Padang Permainan tetapi memandangkan jam sudahpun mencecah ke angka 6.15 petang, aku terpaksa mempercepatkan aktivi mereka, kesian Alya, dia menangis ketika aku dukungnya masuk ke dalam kereta, nampaknya dia masih lagi belum jemu dengan permainan yang banyak di sini.
Sebelum balik, singgah seketika di sini, baru terasa udara sejuk dan nyaman.
Masuk aje ke dalam kereta, Alya terus terlena hinggalah kami sampai ke rumah. Semasa singgah di masjid, dia tetap lena, penat agaknya..









Tiada ulasan:
Catat Ulasan