Selasa, 8 Februari 2011

Selasa, 8 Februari 2011

Grrrrr... gerammmnyaaaaaa

ehsan en. google

Dalam seminggu ini aku dapat kesan terdapat seekor anak tikus berkeliaran diruang dapur, dari mana ye? nak kata kawasan rumahku bersepah, rasanya tak kot, dalam bilik stor? errrmmmm, sudah lama daa rumahku tak punyai stor, sekarang ia telah dijadikan bilik tidur dek anak sulungku.

Kain baju lama yang berkotak2pun, menurut hubby telah didermakan kepada OA,  begitu juga kain baju kami anak beranak,  hampir kesemuanya tergantung didalam kabinet pakaian, cuma sebahagian kecil aje yang berlipat. Nak kata kain baju berlonggok banyak2,  langsung tiada. 

Mungkin tikus itu dari rumah jiranku yang sedang didalam pengubahsuaian dan mencari tempat perlindungan baru.. Ahhhhh, geramnya. Camner aku nak buat ni???

Habis laci kabinet berisi peralatan dapur iaitu sudu dsb dijadikan tempat persinggahannya, maka aku TERPAKSA keluarkan kesemua peralatan tersebut dan mencuci semula, buat sementara waktu, aku biarkan kabinet itu kosong supaya senang untukku pantau. 

Sehari dua ini juga hubby letakkan racun tikus dikawasan tersembunyi,  bimbang pulak jika ia dijumpai dek anak kecilku ini dan dijadikan sebagai makanan ringan.

Ya Allah, moga dijauhkan kejadian yang tidak baik keatas keluarga kami.  Amin.  

2 ulasan:

Mek Rose berkata...

susah jugak tu kan
takut dia beranak pinak
bela kucing la kak..
sure dia tak berani nak duk umah akak

Umialya berkata...

rose
kucing daa ader sekor tp.. bukan tikus takut pada ia tp si kucing yg menikus.. hu3

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang