Umum ramai rakan di luar sana tahu, kami punyai seorang nak angkat tidak bertauliah sejak setahun yang lalu, niat kami ialah bagi membantu dia meneruskan persekolahan.
Semasa didalam perjalanan balik kerja petang tadi, hubby melahirkan kekecewaan kerana semasa Nur dan Suzila balik dari sekolah, mereka terjumpa dengan ibubapa Suzila dan dimaklumkan mereka memberi sedikit duit poket buat anaknya sahaja. (sedangkan Nur ada bersama dan melihat situasi ini)
Anak gadisku ini mula terasa kecil hati. (sebab mereka umpama kembar siam, susah senang tetap bersama). Sampai aje ke rumah tadi dia siap berpesan, 'esok ummi tak perlu bagi duit sekolah pada Suzila sebab dia dah ader duit, mak dia kasi!! ' aku wat derk dan tak ambil kisahpun, maklumlah budak-budak tapi abahnya??.
Walaupun jumlah yang amat sedikit tapi berharga buat anak-anak kecil, bukan kami mengharapkan balasan atau sebagainya sebab kamipun tahu dia dari keluarga yang susah tapi seeloknya, diberi samarata walaupun seposen cuma atau sebaiknya tidak diberi terus buat anaknya.
Tahun lepas, aku mengenali Suzila melalui anakku Nur, mereka sekelas, setiap hari sebaik balik daripada sessi persekolahan, mulutnya tak henti2 bercerita mengenai kesusahan rakannya, 'kawan Nur miskin, xder buku tulis, pakai baju buruk, yuran sekolah belum bayar lagi dsb, bla, bla, bla.. bolehkah Nur nak bagi buku tulis padanya?. Lama kelamaan terdetik hati kami untuk mengenalinya dan keluarga.
Kami dimaklumkan, dia mempunyai 10 orang adik beradik dan cuma dia seorang sahaja yang bersekolah, abang dan kakak2nya yang lain tercicir. (tahun ini ada seorang lagi adiknya bersekolah, kami telah membantu membeli kelengkapan persekolahan w/pun ramai di antara abang dan kakaknya bekerja serta belum punyai tanggungan lain)
Atas permintaan Nur, kami ambil kata sepakat untuk membantunya meneruskan sessi persekolahan dan melayannya seperti anak kandung kami, apa yang kami lakukan ke atas anak kami, itulah yang kami lakukan ke atas dirinya, kain baju adalah sama dengan Nur, cuma perbezaan warna sahaja, tiada langsung perbezaan antara mereka.
Rata2 rakan gelarkan mereka sebagai saudara kembar, ke mana sahaja kami pergi, kami tetap membawanya bersama.
Teringat kenangan semasa kami bawanya pertama kali ke hotel, sepatah ayatnya membuatkan kami tergelak besar "Sejuknya, cam dok dlm aircond", mula2 dulu masuk aje ke dlm kereta, hidungnya segera ditutup dan dia x suka aircond tp kini, dia yang minta 'on'kan aircond segera.
Rata2 rakan gelarkan mereka sebagai saudara kembar, ke mana sahaja kami pergi, kami tetap membawanya bersama.
Teringat kenangan semasa kami bawanya pertama kali ke hotel, sepatah ayatnya membuatkan kami tergelak besar "Sejuknya, cam dok dlm aircond", mula2 dulu masuk aje ke dlm kereta, hidungnya segera ditutup dan dia x suka aircond tp kini, dia yang minta 'on'kan aircond segera.
Kehidupan dan gerak langkahnya jauh berbeza, pernah kami ke sekolah untuk membayar yuran dan membeli kelengkapannya tahun lepas, cikgu yang mengenaliku menegur, "patutlah sekarang ini keadaan dan pakaiannya jauh berbeza, rupanya dok ngan keluarga ini"
Dalam berkawan, jika dulu sering ketinggalan ke belakang tapi kini, dia pula ke depan.
Aku risau jika hubby mula berubah hati, kecewa atau pilih kasih, mula membezakan di antara mereka, alasannya kukuh "kita x pernahpun membezakan antara mereka berdua, tak patutlah mereka buat gini".
Aku cuba pujuk dan memberi kata2 positif agar dia kekal dengan keadaan sekarang. Paling membimbangkan aku ialah jika dia hantar anak ini kembali kepangkuan keluarga dan kehidupan asalnya dek perkara yang remeh temeh seperti di atas.
Yalah, orang lelaki, bila terluka sukar disembuhkan. 'Body' aje besar tapi mudah tersentuh. ha3 (kutuk laki sndiri...)
Aku cuba pujuk dan memberi kata2 positif agar dia kekal dengan keadaan sekarang. Paling membimbangkan aku ialah jika dia hantar anak ini kembali kepangkuan keluarga dan kehidupan asalnya dek perkara yang remeh temeh seperti di atas.
Yalah, orang lelaki, bila terluka sukar disembuhkan. 'Body' aje besar tapi mudah tersentuh. ha3 (kutuk laki sndiri...)









5 ulasan:
baikny hati keluarga sis. moga Allah balas kebaikan keluarga sis dgn ketenangan hidup..
alhamdulillah ...sejuk ayu baca entri ni...tahniah ayu ucapan pada akak sekeluarga..banyak pahala dapat tolong anak yang susah ni...pasal hal itu, harap2 suami akak tak kecil hati ye...mungkin akak boleh pujuk anak akak nur, dengan cara yg lain plak..
waa bagusnye kak tini..moga ramai lagi org2 cama akak kat muka bumi ni..aminnnn
if sy ade peluang pon..sy nak buat jugakla..eheh
harap2 benda2 ni tak dipanjangkan..yela kak, suami sy pon badan je besar, tapi dalam ati ade taman..mudah tersentuh..waakakak kutuk laki sendiri gak..
sejuk ati kak baca entry ini..moga suzila tak lupa kebaikan keluarga akak bile dah berjaya nanti
zati embong
tk atas doa itu, Insya Allah
Ayu
Alhamdulillah, semuanya berkeadaan baik
Rose..
Alhamdulillah, membantu sesama kita, ader rezeki tersedia..
org laki sama peel rupanya.. kutuk jgn tak kutuk, he3
Aimmie Qistina
Insya Allah, moga dia terus berkekalan bersama kami akhirnya. Amin
Catat Ulasan