Terkejut apabila mendengar perkhabaran yang dibawa oleh teman sepejabat, baru kejap tadi seorang anak kecil di dalam lingkungan usia 4-5 6 tahun terlanggar dek kereta di depan sana.
Katanya pemandu itu tak sempat nak elak sebab dia tiba2 keluar dari celahan kenderan 'parking', sib baik terkena bah. cermin - berkecai juga menanda pelanggaran ini berlaku agak kuat.
Katanya pemandu itu tak sempat nak elak sebab dia tiba2 keluar dari celahan kenderan 'parking', sib baik terkena bah. cermin - berkecai juga menanda pelanggaran ini berlaku agak kuat.
Sedih sebab ia adalah kecuaian ibubapa kerana biarkan anak sekecil itu merayau bebas ke sana ke mari di kaw. bandar (tempat yang sibuk) tanpa pengawasan.
Nota: Ibubapa si kecil yang berdarah kacukan Pakistan & Melayu itu adalah peniaga kedai perabut.
Nota: Ibubapa si kecil yang berdarah kacukan Pakistan & Melayu itu adalah peniaga kedai perabut.
Walaupun secara umumnya kita tahu, kadang2 nak kawal anak supaya dok diam2, 'x mo pi' mana2 agak sukar tapi 'lagumana' sekalipun, ia tanggungjawab ibubapa menjaga keselamatan mereka, 'sementelah' lagi dia 'anak kecil' yang 'nggak ngerti' apa2.
Bak kata pepatah: "Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna", menangis air mata darahpun xder gunanya, iya dokkkkkkk??
Entri Gerammmmmm....
Kemaskini: Baru balik melawat, budak itu di dalam keadaan fobia, dimaklumkan sudah banyak kali kejadian ini berlaku tapi tetap dibiarkan anak itu melintas jalan utama seorang diri.









24 ulasan:
bdak2 kan kadang2 dah kawal pun leh terlepas jgk...
Lagi 1 xsuka bila ada ibubapa yg bwk ank2 kecik naik motor jln2 ptg biarkan ank berdiri dalam bakul motor. Sangat merbahaya! Kalau tiba2 break mengejut anak tu mst terpelanting ke depan... sbb dah biasa jadi depan mata..
walau bagaimana sekalipun anak2 tanggungjawab kita .. kesedaran kena ada .. walau anak nakal bagaimana sekalipun ibu bapa kena pantau dan bertanggungjawab ..
kalau tidak toksah beranak ! .. kalau anak susah kan diri sendiri ! .. haaa kan dah emo .. huhuh
Itulah, budak-budak kita tak boleh biarkan dia bergerak sendiri. Bahaya ! Malang sentiasa tak berbau. Jadi, kena sentiasa dipantau
eee anis paling risau time bukak pintu nak keluar dari kete.....selalunya keluarkan firas dulu, tp tangan tu tak pernah lepas pegang tangan firas...budak2 maklum saja....yg kata JANGAN tuler dia nak buat.
pssstt wah kaya loghat bahasa entry kali ni...penangan geram punya pasal hihi
eii kesiannya budak tu, sibuk sangat ke mak paknya sampai anak pun tak terkawal
kalau kat UK, anak tu akan dijaga oleh pekerja sosial hingga berumur 16 tahun jika dapat dibuktikan ibubapa cuai!
Tu baru hukaman dunia, macam mana la balasan di akhirat kelak...
Msti fobia sgt Budak tu, harap ibubpa2 lbih berhati-hati
penah jd pada ena sendiri kak.. masih segar di ingatan.. walaupun bkn salah kita tp tetap rasa besalah.. alahai anak2 kan.. anak org terbayang mcm anak sendiri..
Mulai tiga tahun lepas
Pelajar2 sekolah rendah telah didedahkan dgn keselamatn jln raya di sekolah, terutamanya bab melintas, cara bagaimana berjalan di tepi jalan raya dsbagainya.
Tapi, utk umur tadika, rasanya belum ada arahan lagi, kerana mereka itu di bawah pengawasan ibu bapa.
Jadi, yg patut disalahkan dalam kes di entri Umi Alya ni ialah ibu bapa budak ni. Agaknya, mental mereka ada kekurangan?
kesiannya..kenapalah dibiarkan anak2 kecil berkeliaran camtu..
Kenapa laa dibiarkan budak tu..saya pun geram jugak dgn perangai segelintir ibu bapa yg buat tak kisah pasal anak2 ni...
semoga kes macam ni tak terjadi kepada anak anak kita..
saya pun rasa mak ayah mmg kena sentiasa alert kepada apa yang anak buat , tak kiralah mak ayah tenagh sibuk atau penat...
saya cukup risaua bab2 ni kak..sbb tu kalau gi kedai mmg tak lepas tgn maira tu..
bahaynya...naseb la x jadi kemalangan maut..apapun ibu bapa kena alert selalu...bahaya la ..
jenis tak sayang anak gamaknya
Erkkk xdak entry baru ke ari ni ahkak ku syg?
Kalau 1st time tu bole lah kata tak sengaja parent biarkan, kalau dh brulang2 kali ni parent yang cuai.
budak kecik ni pantang buka pagar.. jauh betul lari..
biar betoi.. dh byk kali.. xjd kan pengajaran ke..
Mmg mak ayah yg patut disalahkan....macamana dak tu umialya...?
Kalau sekali tu mungkin sebab terlepas dari kawalan kan.. Tapi kalau dah banyak kali tu mmg kecuaian parents tu
lor mmg tak reti bahasa n tak syg anak kot mak bapak budak tu..kesian la dpt parent cmtu.sy pun naik geram gak nie
nape la dibiatkan aje anak2 tu berkeliaran tp tak boleh salah kan mak ayah juga..kadnag anak2 yg degil..
Catat Ulasan