Kepala tengah berserabut memikirkan adik yang jauh di sana, hari2 bertanyakan khabar & mengingatkan dia masa tetap untuk habiskan antibiotik, seringkali mendapat jawapan yang mengembirakan hati seperti:
- "Baru jer lepas makan kak.."
- "Dah selamatpun ubat tu & xmo dah makan ubat lagi, tinggal ubat demam & sakit tekak jer.."
- "Adik baik2 jer kak.."
- "Semalam adik keja 4 jam jer, boss x kasi keja berat2 lagi"
Tup2 petang tadi dapat panggilan daripada adik ipar perempuan tunggal di kampung:- "Akak tau ke adik masuk wad semalaman selepas kak hantar dia balik tempohari, dia tiba2 pitam, sayapun baru tau semasa 'pm' ngan rakan setugas dia di FB?"
"Astaghfirullah sampai hati kamu dik tipu kami hidup2, akak tau adik xmo nyusahkan kami tapi adik tau tak ia amat merisaukan hati kami semua, betul2 ingatkan adik baik2 jer di sana, siang malam bertanyakan khabar tapi langsung tiada tanda2 dia di dalam kesusahan.."
Nota: Doktor syaki demam denggi (dia baru lepas keluar hutan sebab berkursus..), sedang menunggu keputusaan darah esok, jika positif nampaknya kena admit wad.
Pesan awal2 lagi jika kena masuk wad, mohon surat rujukan doktor untuk 'transfer' ke sini, kami akan segera pergi ambilnya, yalah.. nak ulang alik ke sana bukannya dekat, berjam2 lamanya lagi2 jika 'jammed' giler, harus kematu duduk di dalam kenderaan.









22 ulasan:
Malang tidak berbau kak. Mungkin dia tak nak susahkan akak. Tapi, kalau betul denggi. Kena jaga kesihatan dia betul2.
Mungkin adik tak nak menyusahkan akak...Apa pun semoga adik cepat sembuh....
mg dia cpt sembuh...
Ya benar, dia adik yg baik, tak mau membuatkan kakak2nya susah dan Umi Alya pula kakak yg sangat mengambil berat akan adiknya.
Inilah yg terpuji
Ramai dah adik-beradik berantakan
Tak peduli
Masing nafsi-nafsi
Moga adik akak cepat sembuh....dah transfer ke daerah akak ke?
Moga sudah beransur sembuh
adik tak mahu kakak dan abang risaulah tu
adik taknak risaukan ttg dia tu kak, smg adik segera sembuh, skrg ni mmg musim demam denggi kak
semoga adik cepat sembuh...
huhuhu, sabar aje la kak...
Dia tak nak menyusahkan akak agaknya. Semoga ujian darah negatif dan cepat sembuh
Moga semuanya akan baik2 saje ye kak..
Agaknya dia tak nak susahkan kakaknya yg jauh..
aduhh kenapa dia x nak btahu akak ye .. hurmm mgkin x nak akak risau ..
tapi kalau macam nie lagilah risau huhu
Dia tak mau menyusahkan akak tu..semoga dia cepat sembuh!
Semoga adik cepat sembuh...
semoga cepat sembuh
maacam mana keadaan adik akak? dah ok ke?
kesian adik..semoga adik Umi cepat sembuh..baik hati adik tak mau susahkan akaknya
moga dia cepat sembuh..
dia tak nak menyusahkan akak tu..
apa2 pun semoga dia cepat baik ye..
ada masanya kita geram juga.. saya pun penah, mak sakit tapi tak diberitahu oleh kakak.. rasa tak kena betul waktu tu...
Untungnya dpt kakak ipar cam ni..huhu..
dia xnak akak risau la tu.. tak cam skrg, bila akak dpt tau, kan akak dah risau.. pe2 pun mg adik ipar akak tu cpt2 sembuh
mungkin adk akak tak nak akak risau.semoga cpt sembuh dan baik2 saja
Catat Ulasan