Perancangan awal, adik bongsu hubby merangkap adik ipar akan ke mari, justeru itu, awal2 pagi lagi minta tolong anak sulung ke pasar untuk membeli beberapa ekor ayam, cadangnya nak ber'BBQ' malam ini.
'Last Minute' dia call dengan nada suara yang sebak, mula2 ingatkan dia terjatuh motor ke apa, maklum le malam tadi semasa bercakap ngan dia, dikatanya xmo naik bas, dia nak bawa motor jer ke mari tetapi telah dilarang keras sekerasnya dek kakar iparnya sepersis ibu tiri tapi hati baik punya (puji diri sendiri, huhuhu.)
Berdegup kencang jer jantung ni nak dengar penjelasan selanjutnya dari dia, rupa2nya adik tak dapat pelepasan cuti tapi dia berkeras jugak nak ke mari (tambahan lak bila dapat tau kami akan berBBQ malam nanti..), kita sebagai orang tua (Ceeeeewah...), yalah sebagai pengganti arwah ma&abah (mil & fil), kenalah bagi motivasi sikit kat adik..
"Sudah boss tak bagi pelepasan, nak wat camner? adik kena kerja, jangan sesekali langgar disiplin, len kali jika punya rezeki kita rancang kemudian, Insya Allah..
jangan risau, akak tak kecik hatipun....."
jangan risau, akak tak kecik hatipun....."
Walaupun di hati kami terutamanya anak2 buah dia merangkap anak2 'frust menonggeng', kalian faham tak maksudnya??
Ayam yang SEDANG diperap untuk acara BBQ malam nanti









14 ulasan:
Bestnya bbq..lma tak buat..hihi..salam singgah dr saya...blogwLking
makanya jd tak bbq tuu
Kempunan dia nak makan ayam BBQ.. Sedih lar cerita ni..
Wahhh bestnya. Perap dengan apa tu...
Kesiannya dia.......
Takpelah, bukan rezeki dia...
mesti pak su diorang jenis jenis yg baik dan suka layan budak budak kan? tu yg ank akak frust menonggeng tu
aduhh kak sedinyeee
kak ! makan utk sendiri lah nampaknyee huhuh
wuwu. sedapnya kak. Bak sini sikit.
Takde rezeki dia. Susah juga bila susah dapat cuti.
Amboiii dan lagi puji diri sendiri tu hihi...bestnya kalau dpt join sekali
nasib jadi gak kan kak.. :-)
Seronok dpt ipar yg sporting dan sekepala....
Wah mesti best dapat berbbq kan..
best la jadi adk ipar akk,ditatang bagai minyak yg penuh..:)
Catat Ulasan