Ahad, 29 Januari 2017

Ahad, 29 Januari 2017

Bila banjir melanda..



Suatu pagi laluan ke tempat kerja tersekat dek air banjir, stress seketika, akhirnya saya menumpang Hilux siapa entah le, janji boleh sampai ke tempat kerja walaupun "Punch Card" merah, selesai satu masalah.



Beginilah keadaan kami waktu ini, terkepung bak berada di sebuah pulau, semua laluan terputus.




Hari ini, bergotong royong bersihkan bilik2 kelas dan kawasan sekolah yang ditenggelami air dek banjir tempohari, walaupun penat tapi seronok dapat membantu.

Sebaik sampai ke rumah, baru terasa sakit di sana sini, lenguh2 badan, akhirnya terpaksa makan ubat tahan sakit  - Ponstan dan tidur sepetang, baru perasan, stamina diri bukan seperti dulu, apabila sudah berusia dan melangkah ke usia 40an, sudah tidak boleh lasak seperti di usia belasan tahun dan 20an,  masa semakin berlalu.. 

Muhasabah diri: Sudah cukupkah amalanku untuk melangkah ke fasa seterusnya.. ?

Tidak mampu untuk menghadiri rumah terbuka sempena "CNY" rakan baik, akhirnya dia menghantar makanan ke rumah kami (Menu: nasi minyak yang di masak oleh kenalan kami). "Terima kasih sahabat, sedap nasi minyak Kak Izah masak"

14 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Teruk juga nmpknya tu. Jenuh pula nk membersihkan lumpur dan selut slp banjir surut.
Mmgla bila dah buat kerja kita tak sedar pun kita ni di fasa apa, sedar2 balik rumah sakit segenap urat sendi, yelah bila dh keadaan yg memerlukan kerja cepat selesai, kan..salute.

Nor Azimah Ali berkata...

Teruk juga nmpknya tu. Jenuh pula nk membersihkan lumpur dan selut slp banjir surut.
Mmgla bila dah buat kerja kita tak sedar pun kita ni di fasa apa, sedar2 balik rumah sakit segenap urat sendi, yelah bila dh keadaan yg memerlukan kerja cepat selesai, kan..salute.

Adam berkata...

Simpati saya kepada yang terlibat.

Jangan pulak cikgu banjir di hati.

Umialya berkata...

NA, mmg teruk, byk brg2 rosak, meja anak2pun dah melengking dek terendam air.

Masuk hari keduapun, masih terasa sakit2 otot, adoiiiiii makin tua rupanya keh.. ~_^

Umialya berkata...

Melengkung***

Umialya berkata...

Adam..
Kesiankan..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Teruk juga banjir tu UA..
Sampai kebumbung rumah juga tu..
Jenuh nak mengemaskan..

Rumah UA teruk juga ke kena banjir tu..

Umialya berkata...

CH
Alhamdulillah rumah saya tidak terlibat dengan banjir..

Ena berkata...

Ni area Kuala Lipis kan kak?
adik sy dok sana.. tp nasib baik rumah dia x kena.
CUma laluan je la byk terputus.
Teruk juga kawasan K.Lipis kali ni.
Kak, ina yg lg 3 tahun nak masuk 4o ni pon
dah x boleh nak lasak sangat badan
cepat sgt tangkap area pinggang
huhu..
Moga cepat sembuh kak

Kakzakie Purvit berkata...

Tengok gambar pun dapat bayangkan aduhai sedihnya..
Nak mengemas lepas banjir dah satu hal
Benar-benar menagih kesabaran UA.

OKje berkata...

Sekolah Alya ke tu geng. Yelah kan, kalau tak ada ibu bapa yg menolong membersihkan sekolah, kesian jugak cikgu cikgu ye...nasiblah ada ibu bapa prihatin.

Besar dugaannya bila ditimpa bencana ni kan






Unknown berkata...

Teruk juga banjir di sana yer.
kg Zura, Alhamdulillah x kena banjir.
Adik di kuantan pon x kena banjir.

Mummydearie berkata...

Salam UA,

Ni entri terbaru ke?

Laa... ingatkan saya aje yang duduk bertapa dalam gua. Rupa-rupanya ramai juga geng. Ni boleh buka grup WA satu lagi ^_^

Susahkan bila dilanda banjir. Masa tu memang dah susah. Lepas banjir tu lagilah alahai. Macam-macam yang nak diuruskan. Tengok keadaan pun rasa macam tak sanggup nak mulakan tugasan.

Aha, bila umur meningkat adatlahkan! Badan dah tak sekuat dulu tapi hati dan perasaan masih lagi kuat macam dulu ~_^

OKje berkata...

Geng....mana entri baru ni? Banjir dah lama surut weyh haha.....

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang