Pejam celik, pejam celik rupa2nya hampir 3 bulan menyepikan diri, tidak pasti punca sebenarnya, mungkin juga dek kesibukan dengan tugasan harian.

Kisah seminggu lepas, keluar dari daerah terpencil ini untuk membeli keperluan sendiri & anak2, suami boleh tidur lena di sebelah pemandu takkala anak bujang junior membawa kereta dan punyai lesen memandu 'P'.

Anak bujang junior agak cerewet & terlalu sensitif berbanding abang sulungnya, selaku ibu, saya cuba tenangkan diri semaksimum mungkin & bersabar di dalam melayan kerenahnya, walaupun kadang2 ia menyakitkan hati, sayapun tak pasti, sejak bila boleh sesabar ini?, mungkin juga dek proses penuaan, ia mematangkan diri.. ~_^.

Sesuatu yang tidak boleh dilupakan semasa berada dikota raya apabila dikhianati sesama kita, 3 tayar kereta dipancitkan, kami terpaksa tukar rim & tayar baru, alhamdulillah ia cuma melibatkan tayar sahaja, belum lagi kehilangan kereta dsb, nauzubillah moga dijauhkan semua itu, aamiin..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rabu nanti anak bujang junior akan menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017 di IPG, Alhamdulillah ia berdekatan dengan tempat tinggal, kami tidak mengharapkan 100% sebab terlalu ramai calon yang memohon dan berkelayakan, cukuplah untuk dia mengutip pengalaman, itu yang paling berharga.
List yang perlu dibawa:
Dokumen Asal:
- Sijil Lahir
- Kad Pengenalan
- Slip Kehadiran (telah ditandatangani)
- Surat Akuan Calon (SAC01)
Pensel 2B dan getah pemadam.
Berpakaian sukan yang lengkap (Lelaki)
- Seluar track bottom hitam/biru
- Tshirt putih berkolar
- Kasut sukan dan berstokin putih
- Berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan
Pakaian Sukan
Nota:
- Perlu berada 30 minit awal sebelum ujian dijalankan.
- Ujian Bertulis (45minit)
- Ujian Kecergasan Fizikal (30 minit)
- Serahan surat akuan (SAC01) diserahkan semasa sesi ujian kecergasan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bersama rakannya
Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan di sekolahnya iaitu Sek. Men . Keb. Clifford,
Nasib baik juga kami sempat keluar membeli beberapa keperluan dia minggu lepas, seakan tau jer ada beberapa majlis di dalam masa terdekat dan ia memerlukan persiapan rapi, jika tidak haru biru jadinya nak siapkan itu dan ini, si ibu nak bercutipun belum berkesempatan, jangan 'burn' sudahlah cuti tahunan yang berbaki 60 hari (GCR tersimpan 143 hari, hampir maksimum daa..).
*** Masih entri rojak.. hi3












21 ulasan:
Tahniah UA, atas kejayaan anak2, dan cerita tayar pancit tu agar menggusarkan saya, siapalah punya angkara...dan hari ni barulah saya nampak semua wajah kesayangan UA
Dan tentang aplikasi blogger tu
Pergi je kat Playstore
Taip Blogger Download
Ia hanya memerlukan 1.5 mb je
Semua jadi mudah, saya harap lepas ni setiap masa dah boleh tulis entri
Taklah sampai 3 bulan mcm ni
Maaf ya UA
Ya Allah, terkilannya dgr pasal tayar tu, tentu benda camni membuat mood jadi hilang kan.
Tahniah atas kejayaan ank2 UA ye.
Cikgu Mat Som..
Terima kasih..
Wajah2 kesayangan?? itulah sebahgian dr kami... ha3, tapi gambar asal diganti dengan gambar anak bujang kami.. ~_^
NA..
Seperti yg tertulis dlm entri, sypn x fhm sejak bila saya boleh sesabar ini? Langsung tak "badmood" dgn kejadian ini, kami redha dgn apa yg terjadi.
Hari itu adalah hari kami, psti ada pembalasan bg sesiapa yg suka aniaya org, Allahuakbar...
Kata orang kalau berbuat baik dibalas baik. Bila buat jahat dibalas jahat. Tapi kenapa orang tak buat apa2 tyre boleh dipancitkan.
Tahniah utk kejayaan anak2 trsyg..Alhamdulilah.Biasa lar klu namanya anak bujang..kier pon ada pengalaman gitu..hehe
Semoga anak bujang junior berjaya ye..Aamiin
Adam..
Waktu malam @ hari minggu, biasanya tempat parking awam dikuasai oleh individu tak bertauliah, ntah le x berani nak komen..
Terima kasih kak atie
Kami dah byr duit parking kepada individu tu sebgaimana diminta, mgkn parking lama kot..
Ntah le byk andaian boleh kita katakn. ~_^
tahniah..DIA gantikan kesedihan hilang tayar tu dgn kegembiraan lain..
K.Kam.. Alhamdulillah..
Tu yg pelik tu
Gambar2 asal tu tiba2 ghaib
Cikgu Mat Som.. Ha3, tiba2 berubah fikiran lak..
Aha... terkejut tau tetiba ada entri ^_^ Selalunya kalau refresh tak kuar-kuar entri baru. Hahaha!
Good luck untuk bujang junior UA. Semoga terpilih.
Macamana ya boleh sampai pancit tiga tayar tu? Park kereta di mana? Kat kawasan hotel penginapan ke? Ni je dah boleh buat entri baru tau, UA.
Tapi takpalah, sekurang-kurangnya dah berlalu musibah tu. Ditimpa satu musibah, diberi pulak satu berita gembira ya, UA.
MD..
Itulah pasal, 3 cerita dalam 1 entri.. x pasti bila pula ada entri baru.
Ha'aaa parking depan hotel, biasanya xder mslh, kawasan ni tempat kami selalu parking.
Malam tu sblm g mkn cheese nan, suami g kat kereta, check, xder mslh..
Ingtkn sblm tido dia nak turun sekali lg, alih kereta dekat sikit tp malas pula nak salin pakaian, dia abaikan..
Tup2 masa turun pagi tu, terus dia call ngadu, kereta dah kena pancit, xperlah dah nak berlaku, redha jelah..
Mudah2an anakanda berjaya pada ujian pertama, aamiin...
assalamualaikum kak tini..hihi.long time no see.sihat ke? dah besar dah anak-anak akak.
Tahniah.....harap2 ada rezeki kn...ank sedra pun ada 2 org dpt saringan cikgu..
Sapa yg pedajal kn tayar kete tu..jht betol lah
Tahniah.....harap2 ada rezeki kn...ank sedra pun ada 2 org dpt saringan cikgu..
Sapa yg pedajal kn tayar kete tu..jht betol lah
Aimmie Qistina..
Yalah Mie, lamanya akak tak dengar khabar awak, alhamdulillah akak sihat2 je.. Mie masih aktif berblog ke? akak tak jumpa lamannya, hu3
Masih di Dungun lagi @ sudah berpindah ke tempat lain?
Wuihhh senanglah En Suami dah ada assistant. Tp kita masih seram kalau anak bujang kita bawak keta geng!
Geng awak duk hotel area mana ni? Kita mmg jarang gi area KL tu, tambah lagi waktu mlm... Bahaya jugak rupanya ye. Kesiannya awak.
Biasalah geng, anak ni kekadang mmg menguji kesabaran kita. Kecik lain kerenahnya, besar lain pulak pesennya. Nasiblah maknya penyabar orangnya. Layankan ajelah geng. Lepas ni dah berpisah jauh.
Tahniah buat abang junior. Moga terus berjaya. Insyaallah kalau ada rezeki, tak kemana kan...
semoga dipermudahkan segala urusan....teruskan berblogging kak tini....kongsi kisah yang baik untuk kami
dugaaan ya kak tayar pecah ni
tayar bukannya murah
Catat Ulasan