Memaparkan catatan dengan label Graduasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Graduasi. Papar semua catatan

Sabtu, 8 April 2017

Sabtu, 8 April 2017

Catatan perjalanan

Pejam celik, pejam celik rupa2nya hampir 3 bulan menyepikan diri, tidak pasti punca sebenarnya, mungkin juga dek kesibukan dengan tugasan harian.


Kisah seminggu lepas, keluar dari daerah terpencil ini untuk membeli keperluan sendiri & anak2, suami boleh tidur lena di sebelah pemandu takkala anak bujang junior membawa kereta dan punyai lesen memandu 'P'. 

Anak bujang junior agak cerewet & terlalu sensitif berbanding abang sulungnya, selaku ibu, saya cuba tenangkan diri semaksimum mungkin & bersabar di dalam melayan kerenahnya, walaupun kadang2 ia menyakitkan hati, sayapun tak pasti, sejak bila boleh sesabar ini?, mungkin juga dek proses penuaan, ia mematangkan diri..  ~_^.

Sesuatu yang tidak boleh dilupakan semasa berada dikota raya apabila dikhianati sesama kita, 3 tayar kereta dipancitkan, kami terpaksa tukar rim & tayar baru, alhamdulillah ia cuma melibatkan tayar sahaja, belum lagi kehilangan kereta dsb, nauzubillah moga dijauhkan semua itu, aamiin..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Rabu nanti anak bujang junior akan menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017 di IPG, Alhamdulillah ia berdekatan dengan tempat tinggal, kami tidak mengharapkan 100% sebab terlalu ramai calon yang memohon dan berkelayakan, cukuplah untuk dia mengutip pengalaman, itu yang paling berharga.

List yang perlu dibawa:

Dokumen Asal: 
  • Sijil Lahir
  • Kad Pengenalan
  • Slip Kehadiran (telah ditandatangani)
  • Surat Akuan Calon (SAC01)
Pensel 2B dan getah pemadam.

Berpakaian sukan yang lengkap (Lelaki)
  • Seluar track bottom hitam/biru
  • Tshirt putih berkolar
  • Kasut sukan dan berstokin putih
  • Berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan
Pakaian Sukan

Nota: 
  • Perlu berada 30 minit awal sebelum ujian dijalankan.
  • Ujian Bertulis (45minit) 
  • Ujian Kecergasan Fizikal (30 minit)
  • Serahan surat akuan (SAC01) diserahkan semasa sesi ujian kecergasan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Bersama rakannya


Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan di sekolahnya iaitu Sek. Men . Keb. Clifford,

Nasib baik juga kami sempat keluar membeli beberapa keperluan dia minggu lepas, seakan tau jer ada beberapa majlis di dalam masa terdekat dan ia memerlukan persiapan rapi, jika tidak haru biru jadinya nak siapkan itu dan ini, si ibu nak bercutipun belum berkesempatan, jangan 'burn' sudahlah cuti tahunan yang berbaki 60 hari (GCR tersimpan 143 hari, hampir maksimum daa..).


*** Masih entri rojak.. hi3

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang