Khamis, 18 September 2014

Khamis, 18 September 2014

Resah..

Siang tadi menerima tetamu yang tidak diundang, seorang ibu bersama jiran tetangga datang mencari anak gadisnya 13 tahun,  sebaya dan seasrama dengan 'kakak'.

Pada mulanya mereka ingatkan dia bersama anak gadis kami meronda2 kawasan taman perumahan tapi rupanya meleset, entah ke mana menghilang.

Hingga ke saat ini masih belum dijumpai & puas sudah dicari merata tempat tapi tidak ditemui. Langkah terakhir kini membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurut sumber terdekat, si anak ini telah keluar dari rumah bersama sebuah beg pakaian siang tadi tapi tidak dimaklumkan ke mana arah tujuan ketika si ibu punyai urusan luar & tinggalkan sekeping nota di rumah jiran supaya tolong tengok2kan ibunya.

"Ya Allah selamatkanlah anak ini, bukakanlah pintu hatinya supaya dia kembali ke pangkuan keluarga segera, aamiin"

Nota: Jam 11.30 malam, menerima perkhabaran gembira, anak ini sudahpun ditemui, alhamdulillah

10 ulasan:

nurbijen berkata...

Ya Allah, tak dapat nak imagine perasaan si ibu bila kehilangan anak.. semoga anak tersebut cepat kembali ke pangkuan keluarga...

Umialya berkata...

Alhamdulillah baru jumpa..

Ummu Athiyah Ismail berkata...

Alhamdulillah...nasib baik jumpa cepat

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. nasib happy ending.. kalo tidok Zura jugak sama cuak dah nih. huhuhuhu.

OKje berkata...

Syukur bila dah dijumpai... Mana mana mak pun risau kalau macam tu ...Mana tak risau anak pompuan pulak tu. Hish....jauhkanlah daripada perkara tak elok...

Moga dilembutkan hati anak tu supaya mnjadi penyejuk hati ibu bapanya

eita berkata...

alhamdulillah dapat jupe balik..sekarang ni banyak sunguh berita remaja hilang tak jupe2 pah sdah....

Tie HT berkata...

alhamdulillah, makbul doa ibunya mohon anak kembali
terkejut baca entry ni

Etuza berkata...

semoga cepat ditemui, memang resah..dapat dirasai.semoga anak2 kita terhindar dari mala petaka.amin

Syikin Maarop berkata...

Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan keluarga tersebut.

Jemput singgah blog saya.

syikinmaarop.blogspot.com :)

OKje berkata...

Singgah petang jenguk geng sat...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang