Isnin, 7 Januari 2013

Isnin, 7 Januari 2013

Hari ketiga Persekolahan Alya

Pagi ini mood Alya agak 'down', mungkin tak cukup tidur kot, maklumlah jam sudah melewati angka 11 malam dia masih berjaga.

Pagi ini dia bangun terlewat 5 minit dari kebiasaan, tetap berendam di dalam besen yang berisi air suam untuk jangkamasa agak lama tapi pantang abah @ kakak tegur dia marah2. Nak si ibu jer yang melayan karenah dia.

Alya tak nak bersarapan, maka seawal jam 7.00 pagi kami mula melangkah keluar rumah, cuaca di luar sana mendung dan malap, agaknya hari nak hujan, barulah Alya bersuara "Hari malam lagilah..".

Selesai urusan menghantar si kakak & abang, singgah di pejabat dulu untuk 'Punch Card', keluar sekejap dan isi minyak kereta di ESSO sebelum menghantar Alya ke sekolah. Belikan Alya susu segar sebagai bekal & dia minta belikan mainan kipas angin yang berisi gula2 (simpan di dalam kereta dulu), barulah di bibirnya penuh dengan senyuman.

Tiba2 Alya bersuara mengadu tanda nama dia tak ada, owhhhhhhh rupanya kami tertinggal di rumah, "xper sayang, jap lagi abah balik ambil dan hantarkan ke sekolah..)

5 ulasan:

kurus berkata...

loor boleh tertinggal ekeke .. alya xcited sgt nak ke sek yee sayang !

ps : kakak ! kita nak 2 kotak yee , kawan kita nak ;))

OKje berkata...

budak2 mmg cam tukan pagi..pagi...

TiranaAduka berkata...

seronok baca

IntaNBerliaN berkata...

duk berendam yer.. cam alisha.. lps adik dia mandi, dia plak g berendam dlm bekas mandi adik.. hihiii habis syampu sebotol.. adehhh

Puan Kutu berkata...

oklah tu.mood budak2 ni pun cam org tua gak,kadang2 kelaut sikit..dh dpt mainan kipas gula2 tu senyum la sikit kan..comel betullah perangai budak2 ni

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang