Ketika menerima komen Cikgu Mat Som tadi, tiba2 terasa sebak di hati, teringatkan pahit manis semasa berada di alam persekolahan dulu.
Saya berasal dari keluarga susah, tinggal di sebuah kampung yang belum membangun lagi di ketika itu, 8 orang adik beradik, 3 orang abang & kakak sudahpun berumahtangga ketika usia mereka masih muda, maka tinggal kami 5 beradik yang masih belajar.
Arwah ayah & arwah emak kerja kampung jer, saya pula merupakan anak bongsu, tentu boleh bayangkan bagaimana kehidupan kami anak beranak, pakaian sekolah sudah kekuningan (itupun dapat free sepasang semasa hujung tahun - majlis kecemerlangan (bangga arwah ayah yang setia menemani bertemankan basikal tua), kasut sekolah jenis getah, kadang2 bahagian depannya sudah ternganga, stokin koyakpun boleh nampak, baju langsung tidak bergosok, memang selekeh giler..(itulah sebabnya kini saya rambang mata setiap kali membeli keperluan anak2...)
Dalam ramai2 guru, saya paling suka Cikgu Mohamad Ali, beliau mengajar matapelajaran Matematik semasa berada di tingkatan 3 & 4, walaupun tegas & garang (tapi dengan saya baik) tetapi saya cukup suka cara beliau mengajar dan mudah difahami . Waktu itu semua sifir mate saya hafal (sayangnya banyak dah lupa bila tidak digunakan lama..)
Beliau merupakan salah seorang guru yang paling saya suka dan sentiasa diingatan kerana telah berjaya meletakkan saya sehingga ke tahap hari ini, saya bangga dengan semua bekas guru2 & tutor saya semasa di sekolah rendah, menengah & kolej. Kalian adalah terbaik, terima kasih semua.
Ada seorang lagi guru wanita (Cikgu *******) yang tetap diingatan saya sampai bila2 (dendam kot..), bukan sebab dia baik tapi sebab sikap "*********", maaf teremosi sikit, dia tak pernah mengajar saya tapi dia memang di kenali di kalangan rakan2 sekolah sebagai seorang guru yang ****** (Mungkin sekarang ini dah pencen kot...)
Kejadian ini berlaku semasa hari sukan di sekolah, ada seorang guru minta tolong hantar barang2 sukan (dah lupa jenis barang..) ke bilik guru, sampai di sana saya telah memberi salam sebanyak 2 kali kepada guru tersebut yang kebetulannya berada di dalam sana tapi tidak berjawab, akhirnya saya masuk juga dan letak barang tersebut ke tempat yang diarahkan, dia terus memaki hamun saya, katanya saya kurang ajar - masuk bilik guru tanpa berikan salam dan pot. pet. pot. pet... dengan suara lantangnya sedangkan saya cuma mampu diamkan diri seribu bahasa.
Mungkin keadaan saya pada masa itu comot, budak kampung yang hodoh, berpakaian lusuh, selekeh dsb, langsung tidak reti bergaya (jauh sangat situasi dengan remaja seusia itu sekarang, lebih matang), jika saya pelajar bermasalah, saya boleh terima kritikan dan maki hamun tersebut.
Itulah layanan pahit pertama & terakhir yang saya terima daripada seorang pendidik dan ia cukup terkesan sehingga kini, sejak peristiwa itu, saya langsung tak boleh menatap wajah dia, nasib baik dia tidak mengajar saya sehinggalah berjaya menamatkan persekolahan di sana.
Nota: Masa di sekolah rendah, jika hujan, kami adik beradik menggunakan sehelai daun pisang setiap seorang sebagai payung.
Arwah menghantar & mengambil kami menggunakan basikal tuanya, saya di depan manakala abang pula dibelakang..
Masuk sekolah menengah, arwah ayah belikan basikal, itupun setelah arwah emak mula berjinak2 dengan perniagaan kecil2an di pasar2 malam & bapa tetap bercucuk tanam, ia telah mengubah kehidupan kami dari masa ke semasa.
Apabila anak2 makin dewasa dan seorang demi seorang punyai pekerjaan tetap (cuma tinggal si bongsu ini jer yang masih belajar..), mereka mula membuat simpanan sedikit demi sedikit dan hasil usaha mereka serta dibantu oleh kakak dan abang ipar, dapatlah mereka menunaikan fardu haji untuk kali pertama pada tahun 1992, selang beberapa tahun kemudian, arwah ibu pergi sekali lagi dengan izinNya sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir di dalam tahun yang sama (2000)..
Kadang2 saya menceritakan kesusahan ini kepada anak2 sebagai pembakar semangat untuk diaorang belajar, zaman sekarang banyak kemudahan, rugi jika anak2 tidak memanfaatkan kemudahan tersebut..









14 ulasan:
Tragiknya kisah sekolah umialya. Nasib baik KZ tak pernah jumpa cikgu macam tu. Me,amg ada cikgu yg garang..tapi bertempat. budi mereka tidak terbalas.
kak tini merasa ye zaman dulu2..mmg nostalgik..nostalgia + tragik... T_T
sedih baca entry ini..
ada jg cikgu mcm tu kan..
kesusahan zaman kita dulu,membuatkan kita lbh menghargai keselesaan hari ini..
Syukur akak dapat buat diri berjaya walaupun
banyak halangan semasa kecil...
Lebih kuranglah kita dulu2....keluarga susah, bapa pun cuma berbasikal tua sahaja pegi ke tempat keja dan kadangkal menghantar kami ke sekolah.....cam nak nangis pula ingat kisah dulu2.....
bila baca kisah akak, teringat pulak memori dulu2...saya pun sama kak, hidup susah...itu yg membakar smngat kita utk belajar bersungguh2...
dah lewat pagi baru sempat jenguk blog akak. dan tersangatla puas hati dapat baca entry pjg dari biasa ^_^. hurm kesian akak, doakan anis tak jadi cikgu yg macam tu.
kdg2 susah tu yg mengajar kite untuk lebih berjaya kan
sedih baca kisah akak .. memang org2 dulu susah2 .. saya x lah merasa susah macam tuu , sbb mgkin saya lahir dah zaman mahathir ...
pun bersyukur , sbb saya skrg bukan senang sbb x kawin dgn org senang .. org susah duk kg .. pun sya syukur sbb saya x momokkan diri dengan kemewahan , bila mewah sikit saya cepat sedar .. begitu juga bila ajar anak2 saya ... ajar mereka susah .. x akan ajar mereka senang ..
pada saya bila kita belajar susah , bila kita dpt senang kita x akan lupa .. ;)
a'aa kan kak, kesusahan mengajar kita utk terus berusaha spya kita akn berjaya..
Kisah akak macam kisah my mak la..memang sedih sangat bla dia cerita zaman dia sekolah dulu...memang menjadi pembakar semangat M bila study dulu..
Anak anak sekarang memang beruntung... sangat senang hidup mereka...
nampak kan bezanya kita dan anak2 sekarang..sedih nsgt bila seorang cikgu menilai keperibadian seorang murid hanya kerana pakaiannya..
cerita begini mmg bagus akak jadikan iktibar pada anak2 murid supaya mereka lebih menghargai kehidupan yg sgt bersenang lenang sekarang ni..:)
Catat Ulasan