Pagi tadi Alya bangun lewat sedikit berbanding semalam iaitu jam 6.15 pagi, terus berendam di dalam besen yang berisi air suam lebih kurang 20 minit.
Selesai pakaikan baju untuk dia, ajak Alya bersarapan pagi, 'Adik nak makan nasi lemak..' setelah lihat abah & abangnya sedang bersarapan dengan nasi lemak, sayangnya dia makan sedikit cuma, tak ada selera kot pagi2.
"Adik sejukkkkkkkk..." ujarnya berulangkali, Mungkin disebabkan hujan renyai2 di luar sana, maka suasana agak sejuk sedikit, pakaikan Alya baju sejuk tapi ia cuma bertahan sekejap cuma 'tak boleh, cikgu tak bagi..'
" Adik nak pergi sekolah.." pinta Alya berulangkali, 'alahai sayang, belumpun masuk jam 7.00 pagi, gelap lagi kat luar tu..'
Sampai je ke sekolah, dia terus melangkah masuk ke dalam kelas tanpa menoleh ke kiri & ke kanan, bagusnya anak ummi..
Habis kelas tadi, cuba tanya dia "Adik makan apa kat sekolah?". "Makan roti, sedap...." selesai menyusu, dia terus terlena selama 2 jam tanpa mandi dan bersalin pakaian. (Nasib baik hari jumaat, masa rehat si ibu panjang sikit..)
Lain2 pertanyaan buat si kecil:
" Cikgu baik tak?"
"Baik.." jawabnya sepatah
"Cikgu adik garang tak?" -ada ke patut si ibu bertanyakan soalan cenggini.. "Garang tapi adik tak nangispun..."
"Adik belajar apa kat sekolah?"
" Adik tulis.."
"Adik nak pergi sekolah lagi esok?"
"Nakkk, adik nak pergi sekolah.."
"Adik suka pergi sekolah?"
"Suka.."
"Esok adik cutilah, jadi adik tak perlu pergi ke sekolah"
"Esok adik cuti", dia ajuk cakap si ibu..
" i love u sayang.." disambut oleh Dak Alya " i miss u..", sweet jer anak ummikan....
Oh ya, perbualan Alya dan abahnya semalam..
Hubby: "Kain tudung adik abah basuh, kotor terkena kereta tadi..",
Alya: "Naper abah tak basuh kereta, abis kotor tudung adik...?"
Nota: Percakapan dengan anak berusia 3 tahun 4 bulan, semestinya masih ada sedikit patah2 perkataan yang 'pelat' tapi amat jelas untuk difahami, berbeza dengan kakak dan abangnya dulu, ia berkat doa semua untuk Alya. Amin..
" i love u sayang.." disambut oleh Dak Alya " i miss u..", sweet jer anak ummikan....
Oh ya, perbualan Alya dan abahnya semalam..
Hubby: "Kain tudung adik abah basuh, kotor terkena kereta tadi..",
Alya: "Naper abah tak basuh kereta, abis kotor tudung adik...?"
Nota: Percakapan dengan anak berusia 3 tahun 4 bulan, semestinya masih ada sedikit patah2 perkataan yang 'pelat' tapi amat jelas untuk difahami, berbeza dengan kakak dan abangnya dulu, ia berkat doa semua untuk Alya. Amin..
Terima kasih buat semua.









12 ulasan:
alololorrr sweetnya dia..kalau anis pun akan tanya kat firas cikgu garang tak hehehe...
psssttt, kak tini. diharuskan lelaki dan perempuan inaikan rambut utk suami dan bukan tujuan menunjuk-nunjuk. syaratnya dengan inai, kalau pewarna kaler hitam tak boleh sama sekali. kalau pewarna yg kat kedai tu walau halal, ustazah anis kata dikhuatiri menghalang air sampai ke rambut. nanti wudhuk dan mandi hadas bbesar tak sah...wallahua'lam
alya mmg good girl, seronok baca entry ni...
bulan 9 nanti turn danish pula gi school, tak dapat nak bayangkan mcm mana nanti
Seronoknya alya dapat ke sekolah....semoga alya jadi anak yg cemerlang dunia dan akhirat...
comelnya alya.
Comelnyer alya,sama nama anak kita...
Baiknya Alya, dia tak menangis
Jika boleh:
Kantin sekolahnya ok
Guru kelasnya lembut macam Siti Nurhaliza, selamatlah anak kita
Yang takut kalau cikgunya garang macam Joyah....
Dapat cikgu macam Cikgu Shida pun ok, happy 24 jam
Alya anak yg cerdik. Semangat dia kuat bagus walau masih terlalu kecil berbanding anak-anak yg 5-6 tahun.
bagus alya ni...semangat tinggi nak pergi ke sekolah..
seronok jumpa kawan baru n persekitaran baru tu..
Bijaknya Alya berkata-kata ye kak...bertuah akak dia tak buat perangai time pi skolah..
alyaaa ni comelnyee..ni orang geram dgn budak..die ckp tu alahai tengah hot pun boleh cair ;)
sweet je baca dialog alya ni... pandai dia cakap.. :-)
mmg cerdik alya ni.tgok rupa pun dh tau..dr cara dialog2 dia ni dpt bayangkan kecomelan dia bila bercakap..sweet sgt..:)
Catat Ulasan