Isnin, 21 Januari 2013

Isnin, 21 Januari 2013

Kelebihan Mencium Anak


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa..

15 ulasan:

CeqGu berkata...

anis memang suka cium firas....tak mandi pun tetap bau wangi hehehe

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

mmg suka cium anak2... bila anak2 dah besar pun masih cium time dorg nak gi sekolah. tapi, satu hal anak kedua saya, dia malu bila saya peluk cium dia.

lia berkata...

sy mmg suka cium anak2... bapak anak2 pon sy suka cium sbb cium diorg boleh wat sy tenang ;)

Kakzakie Purvit berkata...

Anak-anak kakak walau dah remaja kakak masih cium lagi. Dah terbiasa dari kecik...

Unknown berkata...

memang perlu selalu cium anak..saya yg dah tua ni pun suka kalau ayahda cium saya..hihii...saya pun mmg suka cium mia tuu..

kurus berkata...

setuju kak .. bukan setakat cium anak2 .. cium suami sblm kuar pun bagus kan akak .. tapi saya selalu miss nak cium hubby , cuma dpt cium tangan sahaja huhu

combi berkata...

nice sharing :)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

Alhamdulillah tiap2 hr sy akan cium anak saya :-)

Cik Rose berkata...

bagusnya.. sekarang ni cium anak saudara je.. Nak jugak cium anak sendiri. Doakan Ros ye :)

IntaNBerliaN berkata...

betoi tu kak.. hari2 duk cium.. hihii

Aisy Nasiha berkata...

Saya nak try praktikkan supaya kedua dua anak lelaki saya tak malu dicium sampai diorang besar nanti.

fieda berkata...

betul kak..nice entry ni..

akumann2803 berkata...

sangat menarik. tq atas perkongsian ini.
salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

Puan Kutu berkata...

Ya Allah bab buah tgn tu baru tahu..bab cium tu mmg setiap hari kot buat.cuma bila anak dh beso nti jgn malu nak cium ibu sudah la kan...anak laki klu dh beso kadang2 rasa dh tak macho kan klu ibu cium.hehe

Si Matatajam berkata...

M mmg suka sangat cium Khalish..Khalish pun sama suka sangat kalau M cium dia banyak2.. Hi hi.. Mmg pengerat Kasih sayang antara kami..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang