Isnin, 28 Januari 2013

Isnin, 28 Januari 2013

Bantuan Pelajar RM100

Hari ini anak teruna kedua & kakak bakal menerima bantuan pelajar sebanyak RM100 setiap seorang, Alhamdulillah..

Awal2 lagi si abang sudah minta izin untuk menggunakan sedikit dari duit ini bagi membeli baju 'bola' pilihannya, maklum le taste anak2 sejak meningkat remaja adalah berbeza dengan citarasa kami sebagai ibubapanya. 

Bagi saya lebih mengemari t-shirt berkolar jenis cotton, mereka pula lebih kepada corak2 keremajaan tanpa kolar dari jenis kain yang entah apa2, langsung tidak meresapi peluh.

"Terpulanglah pada kalian, janji ia tidak dibazirkan dengan membeli barangan yang bukan2, lagipun bantuan ini adalah untuk keperluan persekolahan masing2"

Walaupun ia hak anak2 tapi perlu dipantau oleh kami sebagai orang tua mereka, betul tak?

Nota: "Si kakak tersenyum simpul bawa balik duit tu, mula2 dia nak simpan ke dalam TH, pastu dalam masa yang sama, kasi ummi pegang dulu, mana tau ada keperluan yang dia nak" .

hurmm kakak, macam le ummi tak pernah belikan keperluan untuk dia.. huhuhu,

12 ulasan:

ajumohit berkata...

hahahha serupa dengan anak2 saya kak, dapat rm100 beli beg sekolah ana muslim huhu

kasihibu berkata...

anak anak sya semua dah selamat di LTH diaorang

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

untung budak2 skang dpt bantuan mcm ni :-)

OKje berkata...

yelah .... anak okje pun sama...macam macam benda nak dibelinya

CeqGu berkata...

Setuju sgt2 dgn akak.....mmg mak ayah kna pantau

Tanpa Nama berkata...

Betul, kena ajar dia cara menguruskan wang.

4feet8 berkata...

amboi, pandainya dia..

intanfirdaus247 berkata...

untung anak2 zaman sekarang kan..Alhamdulillah semua rezeki daripada Allah

Cikrosecute berkata...

untung budak sekolah sekrg....

kurus berkata...

setuju kak !
saya bayar yuran dan keperluan anak2 ;)

IntaNBerliaN berkata...

kakak tingin nk beli brg guna duit dia bkn duit ibu dia bg.. hihii

Puan Kutu berkata...

anak2 dh makin besar mmg nak style je..kadang2 citarasa kita semuanya tak menepati selera org muda kan.hehe takpelah janji gunakan duit tu utk benda berfaedah...:)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang