Hurmm nampaknya dari sehari ke sehari, semakin terlewat Dak Alya bangun tidur, seperti biasa dia akan berendam ke dalam besen berisi air suam lebih kurang 15 minit.
Selepas mandi, selimutkan dia dengan tuala mandi, sedar2 Alya terlena semula di atas tilam dengan tuala lembab, alahai kesiannya anak ummi, ingatkan setelah berendam dengan air suam Alya terus segar.
Akhirnya hubby terpaksa hantar abang & kakak dulu ke sekolah, kemudian berpatah balik semula untuk mengambil kami, akhirnya setelah jam 7.10pagi, terpaksa kejutkan dia perlahan2, apabila dia sedar abang & kakak sudah pergi ke sekolah barulah dia cepat2 bersiap.
Nasib baik dia tidak meragam dan apabila ditanya:
"Adik nak pergi sekolah ke tak ni??", "
"Nakkkkkk.. adik nak pergi sekolah...".
Balik dari sekolah t/hari tadi, tanya dia jenis menu yang di hidangkan, terus dia menjawab
"Adik makan nasi ayam..." -
Hurmmm Pandaiiiii anak ummi!!.
Sampai je ke rumah, terus ambil buku dan pensel warna, kononnya study di meja barunya itu...
"Kalau hari2 begini, tentunya cepat pandai ya sayang..."









7 ulasan:
alya, alya.. boleh lagi tertidur lepas mandi... mcm Irfan pun selalu jugak mcm tu.. ekekekek
alahaii kesiannya. tentu dia dah mula rasa penat kot kak. maklumlah kat sekolah tentu macam2 aktiviti kena buat. tak per, alya ni budak kuat semangat dan rajin.
x per alya gud gurl kan ! ;)
Khalish masa ari kedua pun camtu..dia terlelap lepas mandi.. Ha ha..
penat tapi masih bersemangat! muge alya terus sukses n solehah!
rajinnya... belajr pndai2 ye alya :)
alya sgt comel n pandai..aiman pun setiap kali balik sekolah sy n en suami msti tnya aiman mkn apa..klu sehari lupa or lmbt tnya dia tnya kita balik..hari ni abah/ibu tak tnya ke aiman makan apa kt sekolah?hiks..
Catat Ulasan