Bukan anak sahaja yang resah, kami sebagai orang tua lagi gelisah, maklumlah banyak persiapan perlu diuruskan lagipun cuti gantian yang dimohon sudah diluluskan, kiranya kini di dalam mood 'cuti mari'
Checklist kami..
- Surat Tawaran tempat latihan ( 3 salinan) - 16/12/15 @ 5.00ptg baru boleh muat turun. (sabarlah duhai hati....)
- Borang Pemeriksaan Kesihatan-1 set + 3 salinan (Ujian Darah untuk Hep.B & C done Alhamdulillah - Non Reactive, Rapid Test (Ujian untuk HIV) di KKIA nanti sebelum ke Hospital untuk siapkan "Medical Checkup")
- Sijil Asal PMR/SPM - 1 set + 3 salinan (siap)
- Surat Beranak Asal dan salinan fotostat - 1 set + 3 salinan (siap)
- Kad Pengenalan Asal & salinan fotostat - 1 set + 3 salinan
- Gambar Warna berukuran Pasport - 6 keping
- Borang Perjanjian Biasiswa - 5 keping + setem hasil
- Borang akuan sumpah - 2 keping
- Borang Akuan Penjamin 1 dan 2 (Saya sebagai Penjamin 1, Abang kandung - Penjamin 2), perlu ke rumah abang, Insya Allah dalam masa terdekat.
- Pakaian semasa lapor diri, pakaian sukan, pakaian rasmi - siap
- Bantal, cadar, selimut
- Peralatan diri - siap
- Wang Perbelanjaan untuk dia sementara menerima biasiswa
Nota: Di dalam membuat persiapan anak sulung, terlupa pula keperluan persekolahan anak2 yang lain KECUALI Alya, dia seorang jer yang dah lengkap. Insya Allah akan siapkan kesemuanya di dalam masa cuti berbaki ini.









5 ulasan:
Asalm..pasti akan tiba masanya tu Umi. Sabar itu indah apabila kita amati sebenarnya..menunggu membolehkan kita ready sebaik2nya.InshaAllah ...
Tu dah ready semua..tahnia buat keluarga Umi alya
tak lama dah tu kak~
settle yang ini dulu. baru tenang nak settlekan keperluan anak yang lain kan~
Tahniah buat anak sulung akak~
Wah panjang betul checklist tuk abang tu. Sebenarnya abang ni course apa geng? Kita ni sedikit blur hihi.... Doktor ke? Dapat Biasiswa eh, baguslahkan....
Semoga urusan awak dipermudahkan geng!
alhamdulillah
tahniah buat abang
tumpang seronok
Catat Ulasan